[VIDEO] SK Abaka di Tawau musnah terbakar, bomba ambil masa 50 minit padam api


  • 112
  • Ahad, 23 Jun 2024

Bangunan bilik darjah SK Abaka, Tawau musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam Sabtu. — Facebook

SEBUAH blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Abaka, Tawau, Sabah musnah dalam kejadian kebakaran tengah malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.06 tengah malam, sebelum sepasukan 28 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, memusnahkan bangunan yang menempatkan bilik darjah tahap dua.

BACA LAGI: Mangsa pertama bot nelayan karam Tanjung Segenting ditemukan lemas

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hadiah perkahwinan', pengantin lelaki kena beduk abang ipar sejurus akad nikah lepas kantoi buat ugutan bunuh

"Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan satu blok sekolah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

"Operasi memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera sebelum api berjaya dikawal 50 minit kemudian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Jemishin berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.23 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya lagi, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram