Ustaz Don terima notis JAIS, ceramah di seluruh institusi agama Selangor ditangguhkan


  • Massa
  • Ahad, 23 Jun 2024

Ustaz Don menerima notis daripada JAIS berhubung penangguhan ceramah di seluruh institusi masjid Selangor.

PENDAKWAH dan penceramah agama terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 40, difahamkan menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung penangguhan ceramah dan kuliah di seluruh Selangor.

Notis bertarikh 21 Jun 2024 itu tertera penangguhan membabitkan penceramah berkenaan merangkumi semua agensi dan institusi masjid, surau serta musala di negeri terbabit.

"Sehubungan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musala di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kali pertama terpalit kontroversi, Ustaz Don pernah dikecam gabung selawat dengan lagu Siti Nurhaliza

"Penangguhan membabitkan semua program yang telah pun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

"Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula," tulis kandungan notis yang tular di laman sosial itu.

msg-468649021-51914

Notis arahan JAIS kepada Ustaz Don bertarikh 21 Jun 2024.

Usaha Majoriti mendapatkan maklum balas Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad masih belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.

Untuk rekod, kontroversi Ustaz Don dalam program Salam Baitullah terbitan RTM baru-baru ini menemui jalan buntu apabila beliau direhatkan terus daripada bersiaran di stesen televisyen tersebut.

Ia susulan tindakan beliau yang didakwa mengingkari arahan penerbit, tidak patuh skrip dan gemar memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram