[VIDEO] Bukan kali pertama terpalit kontroversi, Ustaz Don pernah dikecam gabung selawat dengan lagu Siti Nurhaliza


  • Massa
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Ustaz Don mencetuskan kontroversi apabila didakwa menggunakan hadis palsu ketika bersiaran di program Salam Baitullah.

PENDAKWAH bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyatakan hadis yang tidak mempunyai sanad atau sumber dalam program Salam Baitullah yang berlangsung pada malam Khamis.

Perkara itu sekali gus mengakibatkan dirinya direhatkan selamanya daripada rancangan yang bersiaran di RTM tersebut.

Meskipun baru sahaja membuat kemunculan semula, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman memberi bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu.

BACA LAGI: CEO program agama tawar diri lepas Ustaz Don direhatkan terus, KP RTM nasihat jangan 'play victim'

BACA LAGI: Bukan saja Salam Baitullah, semua program RTM alu-alukan Ustaz Don — KP

"Bila bagi peluang, consult authority dan ahli agama, ingatkan apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers. Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don't play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team," tulis Suhaimi di platform X pada petang Jumaat.

Difahamkan, Suhaimi sudah menghubungi Ustaz Don untuk memaklumkan bahawa dia tidak lagi mengendalikan program berkenaan.

Dalam pada itu, Ustaz Don sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa lagi isu hangat yang mengundang perhatian netizen di laman sosial.

Berikut Majoriti senaraikan tiga lagi isu kontroversi terpalit dengan penceramah agama itu.

Ustaz-Don-dan-Siti-Nurhaliza-gabung-lagu-cindai-dan-selawat

1. Gabung selawat dengan lagu 'Cindai'

Ustaz Don pada April lalu mengundang perhatian ramai apabila melagukan selawat dengan menggunakan lagu Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu mmencetuskan pertikaian di laman media apabila segelintir pihak mendakwa ia sebagai perkara tidak wajar dan berlawanan dari konsep dakwah yang sepatutnya.

Namun, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia tidak salah di sisi Islam dengan perkara itu dibenarkan selagi tidak melalaikan.

"Dia sebenarnya isu yang pokok adalah sama ada boleh ke tidak untuk bermuzik. Jadi ada pendapat kata muzik tak boleh, ada juga pendapat kata muzik boleh selagi ia tidak melekakan.

"Jadi sekarang saya rasa tak berbangkitlah (bukan isu) kalau selawat ini dia tidak pergi sehingga meleka-lekakan," katanya ketika dihubungi Majoriti.

502371-e1716439586962-630x532

2. Ustaz Don ulas isu 'speed dating'

Ustaz Don memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ di laman sosial.

Jelasnya, cara dan pendekatan itu tidak salah sekiranya ia dilakukan berlandaskan undang-undang Islam tanpa melakukan sebarang dosa.

Namun, perkara itu berbeza pendapat dengan fahaman segelintir warganet yang menggesa agar aplikasi seperti itu diharamkan di Malaysia kerana kerap menjadi tumpuan kegiatan maksiat.

Sehubungan itu, Ustaz Don tampil menggesa agar pihak jabatan agama mengeluarkan garis panduan ‘dating’ atau mencari jodoh yang dibenarkan dalam Islam.

Jelasnya, 'speed dating’ merupakan salah satu metodologi untuk mencari jodoh dan apa sahaja perbuatan yang ingin dilakukan, perlu meletakkan Islam dan undang-undang terlebih dahulu.

091916wzb7or7tr3zrgho7

3. Ustaz Don dikecam berpakaian ala hipster

Selain daripada berjubah, penampilan Ustaz Don yang sering mengenakan pakaian sut ala-ala model turut menarik perhatian netizen.

Tidak mengenakan serban dan jubah seperti pendakwah lain, kehadiran beliau di majlis ataupun acara karpet merah sering kali mengundang kecaman segelintir pihak yang menganggap ia kurang sesuai bagi imej seorang penceramah agama.

Namun, beliau menerusi kenyataannya pernah menjelaskan hukum dan hakam berkaitan pemakaian daripada sudut Islam.

"Islam tak kongkong kita pakai baju macam mana, asalkan menutup aurat. Islam juga tak pernah halang untuk bekerjaya, tak semua orang perlu menjadi ustaz," ujarnya di laman sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram