'Menteri tolong henti malukan diri sendiri', pemimpin kena ada kelayakan akademik, perlu bijak daripada pengundi


  • Massa
  • Ahad, 23 Jun 2024

Abidin Ismail dinamakan sebagai calon PN bagi PRK Sungai Bakap.

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang menganggap wakil rakyat tidak perlu cemerlang dalam pencapaian akademik menjadi bualan hangat masyarakat.

Beliau yang hadir pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Sabtu menegaskan, ramai orang yang 'gagal' dalam politik walaupun memiliki latar pendidikan tinggi.

"Ramai orang berpendidikan tinggi, doktor, profesor, tapi dalam politik gagal.

BACA LAGI: 'See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro

BACA LAGI: Bicara kes hasutan Sanusi bermula 18 Januari 2024

"Politik bukan duduk di pejabat macam kita kerja dengan jabatan, sebaliknya kena turun ke bawah untuk mendekati macam-macam isu, kena faham sosiopolitik, sosioekonomi dan macam-macam.

"Soal akademik bahagian lain, tak membantu pun, ramai pemimpin politik tak ada kelulusan apa, tetapi intelektual bukan kerana kelulusan akademik tetapi duduk di fikiran," jelasnya.

drrusdiomar205

Prof Dr Rusdi Omar berkata, pemimpin akan bertukar tangan mengikut peredaran zaman dan generasi.

Kenyataan itu mengundang pertikaian dalam kalangan masyarakat dan penganalisis politik, Prof Dr Rusdi Omar menggesa agar kenyataan berkenaan ditarik semula oleh Menteri Besar tersebut.

Jelasnya, dakwaan menolak pencapaian akademik dalam pemilihan wakil rakyat adalah satu perkara tidak masuk akal dan memalukan pemimpin negara.

"Menteri tolong henti malukan diri sendiri, pencapaian akademik perlu diutamakan dan tidak masuk akal jika pemimpin dipilih dalam kalangan tidak berpelajaran.

"Mana boleh pemimpin tiada ilmu ataupun pengajian tinggi sedangkan pengundi yang keluar mengundi pun datangnya daripada pemegang ijazah, jadi yang mahu diundi ini apa kelayakannya.

"Ciri kepimpinan boleh terbentuk melalui ilmu dan daya saing di peringkat universiti, kalau calon pemimpin sedia ada semuanya dinilai berdasarkan pengalaman dan kesusahan dihadapi, macam mana nak bersuara di peringkat global," katanya kepada Majoriti.

msg-468649021-51891

Abidin Ismail (tengah) merupakan calon PN bagi PRK Sungai Bakap. — The Star

Menganggap kenyataan Sanusi sebagai satu perkara memalukan, ia juga dikhuatiri boleh menjejaskan generasi pemimpin akan datang jika pemilihan pemimpin hanya berdasarkan pengalaman semata-mata.

"Perlu diingati bahawa setiap pemimpin akan bertukar tangan mengikut peredaran zaman dan generasi, jadi golongan belia akan datang perlu dinilai dari sudut akademik untuk diangkat sebagai wakil rakyat.

"Kalau zaman dahulu mungkin relevan untuk kita kekalkan konsep Sanusi, tetapi zaman berubah dan pemimpin perlu lebih bijak daripada pengundi," ujarnya.

Untuk rekod, Abidin Ismail dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Merupakan bekas pegawai khas wakil rakyat sebelum ini iaitu Allahyarham Nor Zamri Latiff, Abidin juga seorang eksekutif logistik dan didakwa memiliki sijil ISO 14001 bagi Sistem Pengurusan Alam Sekitar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram