[VIDEO] Empat maut, bas bawa rombongan cikgu jatuh cerun berlanggar treler di Bahau


  • 112
  • Ahad, 09 Jun 2024

BAS terbabit dilaporkan hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori treler sebelum terbalik di cerun tepi jalan. — Facebook

SEKURANG-KURANGNYA empat maut dan 37 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan lori treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran persimpangan Bahau, Rompin, Pahang pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu itu hilang kawalan sebelum terbalik selepas melanggar lori sarat dengan muatan gelung besi kira-kira pukul 1.30 pagi.

Beliau berkata, bas terbabit membawa kumpulan guru Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka, bersama anak-anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

BACA LAGI: Membazir RM36 juta duit rakyat jika 6 PRK Parlimen diadakan

BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU

448019063_122143717358231207_5704540931323825454_n

Keadaan di lokasi kejadian dalam insiden kemalangan pada awal pagi Jumaat itu yang melibatkan sebuah rombongan bas dan lori. — Facebook

Seorang guru meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kedua bas terbabit maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang juga guru disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada Ahad.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila keadaan gelap di simpang tiga Bahau dan pemandu bas itu telah hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori treler sebelum terbalik di cerun tepi jalan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dua mangsa terawal disahkan maut ialah Hasnatul Adilah Hassan, 48 dan Mohd Adi Hasan, 29, manakala mangsa ketiga yang meninggal dunia pada Ahad ialah Hamzah Ahmad, 60.

Dalam perkembangan lain, pihak polis mengesahkan yang terdapat seorang lagi mangsa terkorban dalam nahas tersebut.

Dahlia Ahmad, 52, yang juga merupakan seorang guru merupakan mangsa keempat yang terkorban akibat kemalangan tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram