[VIDEO] Letak tepi kucing, pemuda Indonesia dukung anak perempuan jiran terselamat dirempuh kereta


  • Benua
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan tindakan lelaki tersebut mendukung mangsa selepas melihat kejadian itu.

SEBUAH video tular sejak Jumaat memaparkan detik-detik cemas seorang wanita apabila menyaksikan kanak-kanak perempuan nyaris dirempuh kereta di Indonesia.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @bacottetangga_ pada Khamis, kanak-kanak tersebut dilihat secara tiba-tiba berlari ke jalan raya ketika wanita dipercayai ibunya bersama seorang lelaki seakan-akan mahu keluar dari rumah dengan motosikalnya.

Situasi itu sekali gus membuatkan wanita terbabit panik sebelum bergegas turun dari motosikal lalu berlari mendapatkan mangsa ketika itu.

BACA LAGI: Jemaah wanita hilang rupanya 4 hari sesat, jalan kaki 11km dari Mina ke Masjidil Haram sampai kaki merekah

BACA LAGI: Rumah mewah belum tentu jamin privasi golongan T20, lagi-lagi ada jiran jadikan 'homestay'

msg1050426791-34129

Tangkap layar video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang secara tiba-tiba berlari ke jalan raya.

Namun, lebih menimbulkan persoalan warganet apabila melihat seorang lagi lelaki dipercayai jiran mereka dilihat turut cemas dan berlari ke arah mangsa.

Lelaki tersebut juga sanggup meletakkan seekor kucing yang dibelainya sebelum kejadian di atas lantai dan bertindak membawa mangsa masuk ke dalam rumah.

Rata-rata warga maya turut mempunyai sangkaan bahawa lelaki tersebut merupakan bapa kepada mangsa tetapi tidak peka dengan keadaan itu.

"Yang dukung anaknya itu macam bapanya? Pada awalnya ternyata bapa sibuk sama kucing," komen @fairybeingfair.

"Kucing dulu baru anaknya," tulis @onadeus.

Namun, ada juga yang mempersoalkan tindakan lelaki pertama yang berada di atas motosikal kerana berdiam diri tanpa membantu mendapatkan mangsa.

"Yang lelaki di atas motosikal kenapa diam sahaja?," soal @Sima1Syaifuddin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram