Ringgit lemah, gagal laksana subsidi bersasar punca ranking daya saing negara merosot — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Anwar (tengah) ketika pelancaran Konsortium Impak Positif Asia ESG (A-EPIC) pada Jumaat.

KEMEROSOTAN Malaysia dalam ranking Daya Saing Global (WCR) yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) pada 2024 berpunca antara lain kerana kelemahan ringgit dan kegagalan dalam melaksanakan subsidi bersasar, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, laporan WCR 2024 itu mengambil kira prestasi Malaysia tahun lalu.

BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri

BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah

“Pada 2023, kegagalan kami melaksanakan subsidi bersasar adalah antara kritikan yang paling menonjol.

“Kedua, ia adalah ringgit yang lemah. Kita akui isu ringgit memang mencabar. Tetapi tahun ini, ada peningkatan,” kata Anwar selepas menyampaikan ucaptama pada pelancaran Konsortium Impak Positif Asia ESG (A-EPIC) pada Jumaat.

Anwar berkata, Kabinet sudah menerima laporan itu dan kini sedang menangani isu yang dibangkitkan.

"Paling penting, kami perhatikan kebimbangan mereka, dan tidak dapat dinafikan masih ada penambahbaikan perlu dilakukan tahun ini," tambah beliau.

Pada hari Selasa, kedudukan Malaysia dalam WCR jatuh tujuh anak tangga ke tempat ke-34 daripada 67 negara.

Malaysia juga jatuh empat anak tangga ke tangga ke-10 daripada 14 negara di rantau Asia-Pasifik, berada di bawah Indonesia dan Thailand. — The Star/TARRENCE TAN/GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram