[LIVE] Status pengosongan kerusi 6 MP Bersatu: Biar Speaker Parlimen buat keputusan — PM Anwar


  • Primer
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Shah Alam pada Jumaat.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai status kerusi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang terhenti keahlian mereka serta-merta daripada parti terbabit..

"Soal enam kerusi (Ahli Parlimen) BERSATU itu dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat. Biar Speaker putuskan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Pada Khamis, Ketua Whip Parlimen BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, notis mengenai pengosongan bagi kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan sudah diterima oleh pejabat Speaker.

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri

Terdahulu, kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri diisytihar kosong oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas penyandangnya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim terhenti keahlian daripada BERSATU.

432388262_1453253968942763_8862602982513868706_n

Mohd Azizi Abu Naim

Mohd Azizi dilapor gagal menjawab surat rasmi yang mewajibkan beliau menyatakan berikrar taat setia kepada parti sebelum 31 Mei lalu.

Selain beliau, BERSATU pada awal bulan mengisytiharkan lima lagi ahli Parlimen dan seorang ADUN dari Selangor tidak lagi menjadi ahli parti selepas gagal menjawab surat yang memerlukan mereka berikrar taat setia kepada parti.

Mereka ialah Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

BERSATU sebelum ini meminda perlembagaannya dengan memasukan peruntukan baharu yang menyatakan ahli parti secara automatik akan berhenti menjadi ahli jika mereka menentang keputusan parti, dengan tindakan itu turut menyebabkan wakil rakyat terbabit mesti mengosongkan kerusi mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram