'Perpisahan lindungi daripada perkahwinan tak sihat', Fasha Sandha pesan ada pelangi lepas hujan buat Bella Astillah


  • Hiburan
  • Khamis, 13 Jun 2024

Bella Astillah sewaktu berada di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Khamis.

PELAKON Fasha Sandha memberi kata-kata semangat buat pelakon Bella Astillah selepas selebriti popular itu sah bercerai talak satu dengan suami, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi satu hantaran di ruangan komen, Fasha Sandha beranggapan bahawa penyanyi berusia 30 tahun itu sudah membuat yang terbaik di dalam rumah tangganya.

Namun begitu, Fasha berasa bahawa perpisahan merupakan satu jalan untuk menyelamatkan diri daripada terus berada dalam perkahwinan yang tidak sihat.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya fikir ini jalan terbaik', Bella Astillah tuntut cerai, Aliff sibuk 'shooting' tak hadir di mahkamah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Aww thank you my love', 'wish' Bella Astillah masa hari jadi Ruhainies tahun lepas kembali dikorek peminat

2590083

Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis.

"Sekiranya masih bersama mungkin tidak baik untuk minda anak-anak.

"Kasih sayang dan cinta tak semestinya bersatu. Sama-sama doakan yang terbaik," katanya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu turut percaya bahawa Bella mampu meneruskan hidupnya meskipun tanpa Alif.

"Sebab Bella seorang yang berdikari, berkerjaya dan kuat.

"Akan ada pelangi selepas hujan untuk Bella. Sending love hugs. Pelindung keluarga yang cantik," katanya.

Selain itu, pelakon lain seperti Nur Fazura turut memberi kata-kata penguat kepada Bella.

"Setiap orang berhak untuk kebahagiaan seumur hidup.

"Temui kebahagiaan yang awak layak terima dan fokus untuk membesarkan anak dengan cara terbaik yang sebolehnya," katanya.

Isteri kepada Fattah Amin itu juga beranggapan bahawa tiada orang memahami mengenai hal rumah tangga kecuali sudah berpengalaman dalam hal itu.

"Tiada siapa yang akan memahami perkahwinan dan perceraian sehingga seseorang melaluinya sendiri.

WhatsApp Image 2024-06-13 at 10.49.51 PM

Aliff (kiri) dan Bella (kanan) sah bercerai talak satu pada Khamis.

Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis.

Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira pukul 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

"Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai pada Khamis," lafaz Aliff.

Bella yang tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram