PEMANDU van wanita berusia 50 tahun yang ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan kemalangan melibatkan murid prasekolah yang maut dilanggar kenderaan penumpang itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan pendakwaan di mahkamah," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
BACA LAGI: Inilah masanya, Umno berpeluang rampas semula DUN Nenggiri
BACA LAGI: Mohd Azizi boleh mohon tangguh PRK DUN Nenggiri, tunggu keputusan mahkamah
Media pada Rabu melaporkan insiden maut melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima yang meninggal dunia selepas dirempuh van sekolah di hadapan kediamannya di Jalan Suria, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
Kejadian berlaku 11.35 pagi itu berlaku ketika pemandu van terbabit menurunkan mangsa dan abangnya berusia enam tahun yang juga murid prasekolah di hadapan rumahnya.
Ekoran kemalangan terbabit, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram