SEORANG wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 288 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, awal pagi Khamis.
Mangsa berusia 50 tahun yang memandu berseorangan, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.37 pagi.
BACA LAGI: Pemujaan Dajal di Beruas? 'ALLAH tidak akan ampunkan dosa orang syirik'
BACA LAGI: Kes rumah terbakar, Pemuda PN lapor polis tuduhan Ngeh
Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi.
“Kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shamsul Alam Man tamat pada pukul 2.35 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram