[VIDEO] Dua bilik asrama SMK Kuala Nerang terbakar 90 peratus


  • 112
  • Rabu, 19 Jun 2024

Balai Bomba Kuala Nerang menerima panggilan tersebut pada kira-kira pukul 7.40 pagi Rabu. — JBPM Kedah

DUA unit bilik di aras tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Bagaimanapun, tiada pelajar berada di lokasi kejadian ketika kebakaran berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 7.37 pagi.

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas arkitek Sang Kenari mahu putar masa, kesal 'banyak main' ketika sarung jersi HM

BACA LAGI: Jemaah haji Kuala Nerang meninggal dunia akibat jangkitan kuman — Idris

Dia berkata, sepasukan anggota seramai 11 orang dari BBP Kuala Nerang yang tiba di lokasi untuk memadam kebakaran yang berlaku.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan dua bilik asrama sekolah berkenaan iaitu bilik penyimpanan barang stor dan bilik air kelas A.

"Anggaran kemusnahan adalah 90 peratus dan tidak membabitkan mangsa. Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Pokok Sena dan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Aminuddin berkata, api berjaya dikawal pada pukul 7.55 pagi.

Tambahnya, setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan oleh Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram