TINDAKAN seorang pemuda yang mencuri getah sekerap mengundang padah, selepas lelaki itu cedera parah dibelasah penduduk kampung.
Dalam satu video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram Update Info memaparkan lelaki tersebut cedera berlumuran darah di kepala.
"Lama dah kami tunggu hang (kau). Ini anak h** ini mencuri lagi.
"Baru hang tau langit tinggi rendah malam ini," kata si perakam.
Turut kedengaran suara seorang individu yang disyaki pemilik kebun getah berkenaan memaki lelaki tersebut.
"Hang b**. Aku susah payah kerja, hang tak buat kerja. B*** hang ni.
"Ni hang nak pi mana ni? Hang nak balik rumah atau duduk penjara?" katanya.
Turut tular satu video rakaman yang menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu terbabit.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kampung Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram