Singkap kes lampau remaja miskin kena jel ingkar panggilan PLKN


  • Massa
  • Sabtu, 04 Nov 2023

Bermula November 2009, pindaan dilakukan terhadap Akta Latihan Khidmat Negara 2003 bagi meringankan pelaksanaan hukuman tersebut dengan hukuman PKM sehingga 240 jam. — Gambar hiasan

ISU mengenai pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kembali menjadi perbincangan hangat buat rakyat Malaysia selepas hampir kira-kira sebulan pengumuman mengenainya dibuat.

Ia berpunca selepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan mengenai had umur individu bakal terlibat di dalam program tersebut.

Ini kerana dalam kenyataannya di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, PLKN 3.0 dijangka akan membabitkan individu berusia bermula daripada 16 hingga 35 tahun.

Perkara itu menjadi sesuatu yang agak mengejutkan kerana lingkungan umur pelatih yang dilibatkan itu dilihat cukup berbeza seperti sebelum ini.

Dalam pelaksanaan PLKN terdahulu, penyertaan terhadap program tersebut kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM berumur antara 17 hingga 18 tahun.

Pengumuman itu ternyata menimbulkan kekeliruan sehingga menimbulkan reaksi begitu sinis dalam kalangan rakyat.

Ini kerana menurut mereka, bagi individu yang sudah memasuki usia 30-an, kebanyakan daripadanya dilihat tidak sesuai untuk menyertai latihan disediakan di bawah program tersebut.

KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sesi penggulungan ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menjawab mengenai kekeliruan tersebut, Kementerian Pertahanan pada Jumaat tampil memberi penjelasan lanjut.

Dalam kenyataannya, kementerian itu memaklumkan bahawa apabila bermula pelaksanaannya pada tahun depan, PLKN 3.0 itu hanya akan melibatkan remaja yang lahir pada 2007.

Menurutnya, penetapan had usia diumumkan itu adalah bagi memberi ruang dan tempoh masa lebih panjang kepada pelatih terpilih yang mahu memohon penangguhan bagi menyertai program tersebut.

Ini kerana mereka mempunyai tempoh kira-kira 19 tahun untuk merancang bagi menjalani latihan termasuk tempoh 45 hari bagi Fasa 2 PLKN 3.0

Kelonggaran diberikan sekali gus dilihat sebagai salah satu cara menangani isu melibatkan sesetengah pelatih yang mahu lari daripada menyertai PLKN seperti pernah berlaku sebelum ini.

Untuk rekod, Akta Latihan Khidmat Negara 2003 pada awalnya menetapkan mereka gagal hadir PLKN boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, bermula November 2009, pindaan dilakukan bagi meringankan pelaksanaan hukuman tersebut dengan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam.

Berikut Majoriti senaraikan kes pelatih gagal hadir PLKN:

1. Remaja daripada keluarga miskin jadi individu pertama dipenjara kerana gagal hadir PLKN

file61j2xxznpsoxpu0ykaa

Ahmad Hafizal menjadi individu pertama dijatuhi hukuman kerana kesalahan ingkar hadir PLKN pada 2004.

Pada 11 Mei 2005, seorang remaja lelaki di Kangar, Perlis menjadi individu pertama dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah tidak menghadiri PLKN pada Julai tahun sebelumnya.

Dalam kes tersebut, Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dikenakan hukuman penjara 14 hari selepas tidak mampu membayar denda sebanyak RM600 akibat faktor kemiskinan hidup.

Dalam pertuduhan tersebut, remaja itu didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.

Bagaimanapun, selepas sehari dipenjara, Ahmad Hafizal dibebaskan apabila Pegawai Khas Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Shahidan Kassim, Yusof Othman dilaporkan membayar denda yang dikenakan.

Kes tersebut mendapat liputan yang cukup meluas di seluruh negara yang bersimpati dengan nasib dihadapi remaja tersebut.

Ini kerana Ahmad Hafizal tinggal bersama ibunya dilaporkan datang daripada keluarga yang susah.

Malah remaja itu difahamkan hanya mengikuti persekolahan setakat tingkatan dua dan turut hanya bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian bagi membantu menampung keperluan keluarga.

2. Seramai 9,000 calon ingkar jalani latihan PLKN

4034fe8089e2457a0454d5dad40ec28f5f0ebf153417b

Jumlah 9,000 pelatih ingkar hadiri PLKN direkodkan itu adalah bagi tempoh sepanjang lapan tahun bermula 2003. — Gambar hiasan

Pada 7 Januari 2011, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latiff Ahmad mendedahkan bahawa jumlah calon yang ingkar hadir menyertai program PLKN mencecah seramai kira-kira 9,000 orang.

Menurutnya, jumlah direkodkan itu adalah bagi tempoh sepanjang lapan tahun lepas bermula 2003.

Disebabkan itu, beliau berkata, kesemua calon tersebut berkemungkinan berhadapan hukuman PKM yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Abdul Latiff berkata, senarai calon yang ingkar itu diserah kepada polis untuk disiasat dan dibawa ke mahkamah, dan hukuman itu akan dikenakan sekiranya mereka didapati bersalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram