Hanya hilang 3 kerusi, PN menang lagi besar di Kedah


  • Politik
  • Sabtu, 12 Ogos 2023

PN kira-kira menawan kira-kira 33 daripada 36 kerusi di Kedah.

KERAJAAN negeri Kedah kekal memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai pemerintah seterusnya selepas melepasi majoriti lebih dua pertiga dengan menawan 33 daripada 36 kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencatatkan kemenangan adalah Ayer Hitam, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.

Turut dimenangi PN adalah Belantek, Jeneri, Bayu, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Kulim, Bandar Baharu, Ayer Hangat, Kuah dan Suka Menanti.

Manakala, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi dua kerusi menerusi Adam Loh yang menang majoriti 3,683 bagi DUN Bakar Arang dan Teh Swee Leong di Kota Darul Aman.

Satu lagi kerusi yang dimenangi Kerajaan Perpaduan adalah di DUN Sidam dengan calon PH-BN, Bau Wong menang dengan majoriti tipis 954 untuk mengatasi lawannya, Juliana Abdul Ghani.

Keputusan yang menepati ramalan apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah menewaskan pencabarnya, Datuk Muhamad Khizri Abu Kasim yang mewakili PH di DUN Jeneri.

Muhammad Sanusi daripada PAS memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 16,050 undi selepas memperoleh 21,823 undi dan Muhamad Khizri pula hanya mendapat 5,773.

Selain itu, dua bekas pemain bola sepak Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar dan Radhi Mat Din juga memperoleh kemenangan di DUN masing-masing selepas meraih majoriti dengan selesa.

Untuk rekod, pada PRN sebelum ini, PN hanya memenangi 21 daripada 35 kawasan dan keputusan tahun ini menunjukkan gabungan parti dari PAS, Gerakan serta Bersatu berhasil menambat hati majoriti penduduk negeri Jelapang Padi itu.

PRN ini membabitkan 36 kerusi DUN di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

Sementara itu, PN dapat membentuk kerajaan negeri Kedah selepas memperoleh majoriti lebih dua pertiga dalam PRN yang berlangsung pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, PN telah memenangi 33 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kedah.

"Dengan ini (PN) berjaya memperolehi suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan (di Kedah)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya pada Sabtu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram