Dikhabarkan bertanding kerusi PAS, semak kerusi panas DUN Kedah yang mungkin ditandingi 'YB Baddrol'


  • Politik
  • Ahad, 16 Jul 2023

Baddrol dijulang oleh sebahagian pemain dan pengurusan Sabah FC selepas aksi terakhirnya di Likas pada Sabtu. — Facebook/Sabah FC

PEMINAT bola sepak tempatan pada Jumaat dikejutkan dengan pengumuman mengenai pemain tengah merangkap kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan Sabah FC.

Kelab itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, keputusan tersebut diambil melalui persetujuan bersama Baddrol atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Timbul desas-desus mengatakan keputusan itu diambil Baddrol atau lebih dikenali sebagai Kapten Marvel kerana ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Baddrol mengumumkan untuk meninggalkan Sabah FC. — Sabah FC

Malah memetik laporan media tempatan, Baddrol juga dipercayai sudah disenarai pendek untuk menjadi calon Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber dalaman gabungan parti yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, bekas kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tersebut difahamkan sememangnya sudah berdaftar sebagai ahli PAS.

Justeru, dia dikatakan layak untuk diangkat menjadi calon mewakili parti tersebut pada pilihan raya akan datang.

“Tindakan Baddrol menamatkan kontrak dengan Sabah FC ada ‘ceritanya’. Apa yang boleh saya katakan, beliau memang ahli PAS dan namanya ada dalam senarai pendek untuk menjadi calon," katanya memetik laporan media pada Sabtu.

Terdapat cakap-cakap mengatakan Baddrol bakal bertanding di DUN Gurun yang menyaksikan dia bakal berhadapan lawan daripada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari.

Mohammed Firdaus adalah anak kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan abang kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari.

Ada juga sumber yang mengatakan antara DUN yang dikaitkan dengan Baddrol adalah kawasan Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam.

"Tiga DUN berkenaan mungkin diisi oleh Baddrol berdasarkan kepada kawasan berkenaan yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan kubu kuat bagi PN," kata sumber tersebut.

Bagaimanapun, rekod yang baik dan pengaruh kuat di atas padang tidak memberi jaminan pemain itu akan menempuh jalan mudah untuk menarik sokongan pengundi di kawasan bertanding.

Namun begitu, sekiranya khabar angin Baddrol akan menceburi dunia politik adalah benar, berikut Majoriti senaraikan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang mungkin ditandinginya dalam PRN nanti.

Baddrol antara penyumbang gol yang membolehkan Sabah mengutip tiga mata penuh apabila memenangi satu-satu perlawanan. — Facebook/Sabah FC

DUN Ayer Hitam (N04)

Penyandang - Azhar Ibrahim (PAS) (9,229)

Datuk Abu Hasan Sarif (BN) (7,220)

Dato Aziz Mohamod (PKR) (8,692)

Majoriti: 537 undi

DUN Kuala Nerang (N07)

Penyandang - Mohammad Yusoff@ Munir Zakaria (PAS) (9,118)

Syed Fadzil (PKR) (3,376)

Datuk Badrol Hisham Hashim (BN) (7,499)

Majoriti: 1,619 undi

DUN Pedu (N08)

Penyandang - Mohd Radzi Md Amin (PAS) (8,164)

Hashim Idris (PKR) (3,272)

Kama Noriah Ibrahim (BN) (7,494)

Majoriti: 670 undi

DUN Bukit Lada (N09)

Penyandang - Salim Mahmood (PAS) (9,573)

Mohd Aizad Roslan (PKR) (6,337)

Datuk Ariffin Man (BN) (8,288)

Datuk Mohd Ismail Othman (BEBAS) (444)

Majoriti: 1,285 undi

DUN Bukit Pinang (N10)

Penyandang - Wan Romani Wan Salim (PAS) (10,432)

Dzaher Ahmad (PKR) (7,220)

Mohammad Nawar Ariffin (6,289)

Majoriti: 3,212 undi

DUN Tokai (N18)

Penyandang - Mohd Hayati Othman (PAS) (15,941)

Ahmad Fatahi Omar (BN) (7,892)

Firdaus Jaafar (PKR) (6,632)

Majoriti: 8,049 undi

DUN Sungai Limau (N20)

Penyandang - Mohd Azam Abd Samat (PAS) (13,048)

Datuk Norma Awang (BN) (7,075)

Zahran Abdullah (PKR) (4,493)

Majoriti: 5,973 undi

361362678_661221176044577_1141868927061365731_n

Baddrol menerima penghargaan daripada pengurusan Sabah FC selepas aksi terakhir bersama kelab Borneo itu. — Sabah FC

DUN Gurun (N22)

Penyandang - Datuk Johari Abdul (PKR) (10,732)

Dato Boey Chin Gan (BN) (6,525)

Muzaini Azizan (PAS) (5,257)

M. Palaniappan (Bebas) (167)

Majoriti: 4,207 undi

DUN Belantek (N23)

Penyandang - Mohd Isa Shafie (PAS) (9,600)

Mohd Tajudin Abdullah (BN) (7,026)

Rashid (PKR) (2,376)

Majoriti: 2,574 undi

DUN Jeneri (N24)

Penyandang - Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) (10,626)

Mahadzir Abdul Hamid (BN) (8,171)

Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) (4,146)

Majoriti: 2,455 undi

DUN Tanjong Dawai (N26)

Penyandang - Hanif Ghazali (PAS) (11,444)

Anuar Abdul Hamid (PKR) (10,492)

Annuar Ahmad (BN) (10,421)

Majoriti: 952 undi

DUN Pantai Merdeka (N27)

Penyandang - Ahmad Fadzli Hashim (PAS) (14,133)

Datuk Ali Yahaya (BN) (9,567)

Rosli Yusof (PKR) (7,281)

Majoriti: 4,566 undi

DUN Bakar Arang (N28)

Penyandang - Simon Ooi (PKR) (18,440)

Othman Che Mee (PAS) (7,607)

Ko Hung Weng (BN) (5,547)

Tan Kee Chye (PRM) (58)

Tan Hock Huat (Bebas) (29)

Majoriti: 10,833

DUN Sidam (N29)

Penyandang - Dr Robert Ling (PKR) (17,344)

Nur Hidayah Foo (PAS) (6,484)

Tan Kok Seong (BN) (5,951)

Cik Gu Hashim (PRM) (80)

Majoriti: 10,860

DUN Bayu (N30)

Penyandang - Abd Nasir Idris (PAS) (14,339)

Mohd Noor Mohd Amin (BN) (13,415)

Abd Rahim Kechik (PKR) (5,059)

Majoriti: 924 undi

DUN Kupang (N31)

Penyandang - Najmi Ahmad (PAS) (13,290)

Datuk Harun Aziz (BN) (11,663)

Johari (PKR) (4,168)

Majoriti: 1,627 undi

DUN Kuala Ketil (N32)

Penyandang - Mansor Zakaria (PAS) (12,574)

Datuk Khairul (BN) (10,993)

Mohamad Sofee Razak (PKR) (4,952)

Majoriti: 1,581 undi

DUN Merbau Pulas (N33)

Penyandang - Siti Ashah Ghazali (PAS) (9,892)

Asmadi Abu Talib (BN) (9,454)

Razak (PKR) (9,267)

Majoriti: 438 undi — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram