[VIDEO] Pemandu rempuh masuk tanah perkuburan di Kepala Batas rupanya kena sawan, baru pulang beraya


  • 112
  • Selasa, 18 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta yang terbabas hingga memasuki kawasan tanah perkuburan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila diserang sawan sebelum kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tembok tanah perkuburan di Jalan Kedah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.

Menerusi video tular di media sosial sejak Selasa, kereta milik pemandu tersebut terbabas sehingga memasuki kawasan dalam tanah perkuburan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Superintendan Zulkeflee Sulaiman dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas beraya.

BACA LAGI: Dua maut keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan polis Gombak

BACA LAGI: Kerajaan teliti implikasi letak SPRM bawah Parlimen — PM Anwar

Katanya, dalam kejadian 2.25 petang itu, mangsa yang juga pembantu am berusia 37 tahun cedera di rusuk.

"Mangsa dikatakan beraya di Permatang Haji Hassan dan mahu pulang ke rumahnya di Permatang Tinggi A.

"Apabila sampai di lampu isyarat Jalan Kedah, mangsa dilaporkan diserang sawan dan terbabas hingga melanggar tembok kubur dan memasuki kawasan tanah perkuburan berkenaan," katanya pada Selasa.

Susulan itu, beliau menambah, mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram