[VIDEO] ‘Tanggungjawab itu terpaksa dilepaskan’, pemuda ambil peranan ketua keluarga lepas kematian bapa maut dihempap pokok tumbang di Perlis


  • Tular
  • Isnin, 10 Jun 2024

Muhammad Hafiz Ahmad Fadzil (Gambar kecil) maut di tempat kejadian selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Tambun Tulang, Perlis pada Ahad.

SEORANG lelaki maut selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian yang berlaku di Tambun Tulang, Perlis pada Ahad.

Difahamkan, ketika insiden malang itu berlaku itu berlaku, Muhammad Hafiz Ahmad Fadzil sedang menunggang sebuah motosikal untuk pulang ke rumah.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan dalam media sosial, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah di beberapa anggota badan.

BACA LAGI: [VIDEO] Selamba jalan bawah jejantas sampai motor nak elak kemalangan, ramai marah polis tertutup 'hijab'

BACA LAGI: [VIDEO] Remaja maut rempuh kereta masuk simpang melulu di Sungai Besar

Lebih memilukan lagi, menurut perkongsian di Facebook Van Jenazah Wakaf Perlis, mangsa berusia 20 tahun itu turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga menjaga emak serta dua adiknya setelah ayahnya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Kini tanggungjawab itu 'terpaksa' dilepaskan apabila arwah terlibat kemalangan pukul 2.45 pagi tadi (Ahad) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak keluarga telah hubungi kami pagi tadi memohon bantuan kita untuk bantu uruskan jenazah arwah Muhamad Hafiz di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

"Tiga sukarelawan telah bersama pagi tadi menguruskan mandi kafan arwah dengan dibantu ahli keluarga dan arwah telah selamat dikebumikan sebentar tadi di Tunjang Kedah," tulis pentadbir laman Facebook tersebut pada Ahad.

Pada masa sama, turut tular satu video memaparkan beberapa anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memotong pokok tumbang untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Namun, setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JBPM berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram