Pemandu trak nyaris maut, sempat merangkak keluar lepas tanker terbalik di Kota Kinabalu


  • 112
  • Selasa, 11 Jun 2024

Seorang pemandu lori tangki dilaporkan cedera selepas kenderaan dipandu terbalik di persimpangan Taman Kinabalu di sepanjang Jalan Ranau-Kota Kinabalu pada petang Selasa.

SEORANG pemandu lori tangki minyak nyaris maut apabila kenderaannya dilaporkan terbalik akibat kemalangan berhampiran persimpangan Taman Kinabalu di sepanjang Jalan Ranau-Kota Kinabalu, Sabah pada petang Selasa.

Mangsa, Hamsa Ali, 48, mengalami cedera ringan dalam kejadian itu selepas difahamkan sempat merangkak keluar dari lori berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, sepasukan tujuh anggota penyelamat diketuai Becket Gumat dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.35 tengah hari.

BACA LAGI: [VIDEO] Lori tangki minyak masak terpakai terbabas, rempuh besi penghadang Lebuhraya Karak

BACA LAGI: [VIDEO] Lori tangki kemalangan tiba-tiba meletup ketika orang ramai cuba curi petrol, lebih 40 terbunuh

"Mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 1 tengah hari dan mendapati mangsa sudah merangkak keluar dari kenderaan dengan sendiri," katanya.

Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki Gas Asli Cecair (LNG) itu telah terbabas dan terbalik di laluan terbabit.

"Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dengan tiada kebocoran tangki dilaporkan berlaku ketika kejadian dan operasi itu ditangguhkan sehingga pukul 1.31 tengah hari," kata Ridwan. — The Star/Sandra Sokial

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram