IMPLIKASI berhubung cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen akan diteliti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, syarat-syarat ketat berkenaan cadangan itu juga perlu diteliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.
"Hal itu harus kita bincang, kita kena teliti syarat-syarat ketat (sebelum melaksanakannya). SPRM kini kelihatan lebih 'agresif' berbanding sebelum ini," katanya pada Selasa.
BACA LAGI: Dua maut keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan polis Gombak
Anwar berkata, cadangan itu masih dalam penelitian sebelum ia dilaksanakan. — The Star
Beliau berkata, meskipun SPRM masih di bawah Jabatan Perdana Menteri, ia masih menjadi tanggungjawab agensi itu untuk menjalankan siasatan sekiranya berlaku salah laku tanpa mengira status seseorang individu.
"Sekarang ini, yang penting siasat, ada bukti yang jelas dan dakwa. Itu yang penting. Kemudian gunakan hujah teknikal, jangan elak kebenaran.
"Saya tidak kisah, jangan reka, jangan menindas. Jika ada bukti, balas. Kalau ada fakta, balas, itu yang penting," katanya.
Pada Ahad lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika hadir sebagai tetamu dalam podcast tidak bersetuju dengan cadangan meletakkan SPRM di bawah Parlimen.
Beliau berkata, SPRM adalah satu-satunya agensi yang dipantau oleh lima badan bebas, manakala Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong dipantau oleh empat badan penyelia. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram