[VIDEO] Selamba jalan bawah jejantas sampai motor nak elak kemalangan, ramai marah polis tertutup 'hijab'


  • Tular
  • Ahad, 09 Jun 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pusat Bandar Hala Pandan Johor, Johor pada Sabtu.

SEORANG penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Pusat Bandar Hala Pandan Johor, Johor pada Sabtu.

Kejadian itu turut menjadi bualan warga maya ekoran daripada kemalangan itu berpunca daripada sikap pentingkan diri sendiri seorang pengguna jalan kaki yang tidak menggunakan jejantas.

Melalui video yang di kongsikan di laman Facebook Info Berita Semasa pada Ahad, kelihatan seorang lelaki secara selamba melintas jalan di kawasan tersebut tanpa mempedulikan kenderaan lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya dengar bunyi berdesing, pemandu lori selisih maut tayar tiba-tiba meletup

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang maut rempuh belakang bas tiba-tiba berhenti di Melaka

Pada masa sama, turut kelihatan seorang anggota polis trafik turut melalui jalan yang sama namun didakwa tidak mengambil tindakan terhadap pejalan kaki tersebut.

Beberapa buah kenderaan dilihat cuba mengelak pejalan kaki itu sebelum sebuah kereta dilihat terlanggar penunggang motosikal berkenaan.

Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikalnya dan terseret beberapa meter ke bahu jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan pejalan kaki dan anggota polis trafik berkenaan.

"Sekarang ini polis itu tak nampak ke yang melintas? Dah terang-terangan dia salah, ada jejantas lagi," kata Nur Zaza.

"Ambil sikap cuai, jejantas telah tersedia ada pun tidak di guna pakai. Sengaja menyusahkan diri sendiri dan orang lain," tulis Rin Hizrah.

"Eh, polis itu 'hijab' dia sudah tertutup ke apa?" soal Nor Izreen pula.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram