Dua maut keracunan makanan: 15 termasuk pengusaha katering dirakam keterangan polis Gombak


  • 112
  • Selasa, 18 Jun 2024

Noor Ariffin Mohamad Nasir (gambar kecil) berkata, seramai 15 individu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes keracunan makanan di Gombak, Selangor pada 8 Jun lalu. — Gambar hiasan

SERAMAI 15 individu termasuk pengusaha katering dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki, 17, dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kesemua individu yang dipanggil terdiri daripada ahli keluarga mangsa, pakar patologi, penyedia makanan dan pembekal.

"Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan individu dirakam keterangan setakat ini dalam membantu siasatan adalah seramai 15 individu dan tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Kes 2 pelajar maut keracunan, KKM sahkan sarapan disediakan pengendali makanan luar

BACA LAGI: Polis panggil katering, guru dan penganjur program susulan kes mati keracunan makanan di Gombak

2742923

Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun antara maut keracunan makanan di Gombak. — Gambar hiasan

Terdahulu, pihak polis sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan dalam kejadian keracunan makanan selepas memakan hidangan bihun dan telur goreng di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak, Selangor.

Pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pula bertindak menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lepas.

Jabatan itu juga sebelum ini memaklumkan, seramai 82 daripada 247 mangsa didapati mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan makanan pada program tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin kemudiannya menyarankan kepada individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram