Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel — PM Anwar


  • Primer
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Langkah penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan mereka yang layak menerima subsidi tidak terjejas.

KERAJAAN bersedia untuk memperbaiki sebarang kelemahan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah penambahbaikan dilakukan bagi memastikan mereka yang layak menerima subsidi tidak terjejas.

"Apabila kita laksanakan penyasaran subsidi diesel, saya percaya tidak akan sempurna sepenuhnya, akan ada beberapa kelemahan.

BACA LAGI: Lepas diesel, CAP minta kerajaan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 sebagai langkah seterusnya

BACA LAGI: PBEM kemuka cadangan harga diesel RM2.15 seliter sehingga penyelesaian interim dilaksanakan

"Tetapi kerajaan sedia memperbaikinya. Antara yang terjejas ialah pesawah, nelayan, dan pengusaha bas sekolah, dan jika tidak mendapat subsidi, mereka akan dibantu," katanya ketika berucap melancarkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin, Bagan Serai pada Sabtu (15 Jun).

Anwar berkata, pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.

"Jika ada orang yang terpaksa menggunakan diesel untuk kehidupan seharian seperti nelayan, pesawah, pemandu teksi, pemandu bas, dan sebagainya, mereka akan dibantu.

"Subsidi ini untuk golongan miskin. Jika mereka menggunakan diesel untuk bas sekolah misalnya, kita akan beri masa untuk merayu subsidi tetapi kalau sengaja diambil peluang, kalau syarikat-syarikat besar, syarikat pelancongan yang untung besar, tak munasabah dapat subsidi," katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sekali lagi memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah yang menerima subsidi tetapi menaikkan harga tambang bahawa lesen mereka akan ditarik.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speaking at the Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) Dan Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023, Shah Alam, Thursday, November 23, 2023. — RAJA FAISAL/The Star

Anwar memberi amaran kepada pengusaha bas sekolah yang menerima subsidi tetapi menaikkan harga tambang bahawa lesen mereka akan ditarik.

Beliau berkata lagi, penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya menjadi kontroversi kerana semua Perdana Menteri sebelum beliau bersetuju bahawa terdapat banyak kelemahan.

Menurutnya, beliau pelik perkara tersebut menjadi isu politik apabila semua parti politik bersetuju dengan langkah itu.

Beliau berkata, berbanding kenaikan tarif air, ia tidak menimbulkan sebarang isu kerana semua negeri terlibat.

“Sebaliknya, subsidi diesel yang disasarkan menjadi isu kerana ia adalah keputusan kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini, apabila kita menaikkan tarif elektrik, kita menarik balik subsidi untuk orang kaya dan asing, dan kita dapat menjimatkan RM4.5 bilion.

"Kebanyakan orang tidak terjejas; jika ada yang terjejas, mereka boleh membuat rayuan dan kami akan pertimbangkan," tambahnya.

Anwar berkata, dengan itu adalah tidak wajar untuk mengatakan tindakan itu kejam.

“Jika tidak (dibuat sekarang), tahun-tahun mendatang, kerajaan akan terus menanggung kerugian andai tiada keberanian untuk melaksanakan sesuatu dasar,” katanya lagi. — The Star/ Manjit Kaur

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram