Purata keluarga makan sampai 4 biji sehari jadi rasional harga telur lebih murah — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 18 Jun 2024

PM Anwar menjelaskan kerajaan membelanja RM100 juta untuk memastikan harga telur dapat diturunkan. — Facebook/Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenapa telur menjadi barang kawalan pilihan kerajaan untuk diturunkan harganya.

Ia disebabkan telur merupakan barangan keperluan yang sering digunakan oleh majoriti rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

Faktor telur yang sering ada dalam diet harian rakyat Malaysia membuatkan kerajaan memilih untuk menurunkan harga barang tersebut sebanyak tiga sen bagi setiap gred.

BACA LAGI: Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin

BACA LAGI: Lega harga telur turun tapi jangan sampai warga asing pun tumpang sekaki beli barang bersubsidi

"Kerajaan minta pengeluar telur untuk menurunkan keuntungan mereka bagi meringankan beban rakyat.

“Kita panggil syarikat-syarikat ini, bincang, berapa untung sebulan. (Kerajaan) tidak minta mereka berniaga dalam keadaan rugi, tapi sekadar mengurangkan untung diperoleh mereka.

"Jika ada cara lain untuk membantu dengan subsidi dan menjimatkan wang, saya akan usahakan," kata Anwar.

Pada 17 Jun, kerajaan membuat keputusan untuk menurunkan harga telur kepada tiga sen sebiji bagi setiap gred iaitu A, B dan C.

Ia menjadikan harga baharu bagi setiap gred telur adalah pada 42 sen, 40 sen dan 38 sen setiap biji.

Menurut Anwar, kerajaan juga akan membelanjakan sebanyak RM100 juta untuk menampung penurunan harga telur sebanyak 10 sen. — The Star/N. TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram