'Mana pergi penjimatan penyasaran subsidi?', harga barang mentah kekal antara pulangan balik buat rakyat


  • Massa
  • Selasa, 18 Jun 2024

Penyasaran subsidi diesel yang menjimatkan sebanyak RM4 bilion terbukti memberi pulangan balik kepada rakyat. — Gambar hiasan

PENYASARAN subsidi diesel kini jelas memberi impak besar apabila langkah itu dapat menjimatkan kira-kira RM4 bilion sejak ia dilaksanakan pada 10 Jun lepas.

Penjimatan tersebut pada masa sama mampu menampung keperluan pengangkutan awam yang digunakan majoriti rakyat Malaysia.

Meskipun begitu, kerajaan juga masih menanggung bil subsidi sebanyak RM10 bilion khusus bagi sektor logistik, nelayan dan pengangkutan awam.

BACA LAGI: Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin

BACA LAGI: Formula subsidi diesel mula berhasil? Ramai bongkar dalang seludup lepas operator bas, pelancongan Singapura naik harga servis

2717138

Penyasaran subsidi diesel yang memberi penjimatan besar kepada negara. — Gambar hiasan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan bahawa hasil penjimatan itu dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai saluran.

Justeru, terdapat beberapa pulangan balik untuk rakyat yang berkemungkinan tidak disedari ramai ketika ini.

1. Syarikat dapat subsidi diesel melalui kad fleet

Sebelum penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, kerajaan memberi notis awal kepada para syarikat pengangkutan dan pengguna lain tentang pemberian kad fleet.

Pada 30 Mei lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan bahawa sebanyak sejuta kad fleet disediakan sebagai persediaan sebelum pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jumlah kad itu disasarkan bagi memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui SKDS 2.0 yang dianggarkan berjumlah 410,000 buah kenderaan.

2744333

Pemilik kenderaan logistik perlu memohon dan mendapat kelulusan daripada KPDN di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024. — Gambar hiasan

Kementerian Kewangan (MoF) pula mengesahkan, kad fleet di bawah SKDS untuk 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan mempunyai had pengisian dari segi liter dan bukannya jumlah nilai.

Prihatin dengan keadaan rakyat, kerajaan mengambil inisiatif mekanisme interim melibatkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang diluluskan di bawah SKDS 2.0 dibangunkan kepada yang belum menerima kad fleet.

Armizan juga mengingatkan semua pengusaha pengangkutan awam dan syarikat perusahaan yang menerima kelulusan tersebut agar menyimpan resit pembelian diesel dari stesen minyak bermula Isnin.

2. Bantuan subsidi tunai RM200 setiap bulan

​Selain syarikat pengangkutan, kerajaan turut mengambil kira kebajikan para pemilik kenderaan persendirian dengan bantuan subsidi tunai sebanyak RM200 setiap bulan.

Justeru, kerajaan memperkenalkan Budi Madani sebagai platfrom penyasaran semula subsidi hanya kepada golongan tersebut.

Permohonan untuk mendapatkan bantuan itu juga tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

Screenshot (2058)

Bantuan untuk individu yang memiliki kenderaan menggunakan diesel menerusi Budi Madani.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif Budi Madani dilaksanakan sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan.

Katanya seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan yang pertama bermula 10 Jun lalu.

3. Harga barang mentah kekal dan turun

Tindakan kerajaan melakukan penyasaran subsidi terutama diesel sekali gus membawa berita baik kepada seluruh rakyat negara ini apabila tiada kenaikan harga pada bahan mentah utama.

Pada Isnin, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa harga minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal dijual dengan harga RM6.90 1 kilogram (kg) manakala RM30.90 bagi 5 kg.

Beliau berkata, harga jualan tersebut masih dikekalkan walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) dunia meningkat melebihi harga ambang RM3,890 per tan metrik.

Untitled design - 5

Harga minyak kekal manakala telur pula diturunkan sebanyak 3 sen sebiji mulai Isnin. — Gambar hiasan

Lebih mengejutkan orang ramai di saat sedang menyambut kegembiraan Raya Aidiladha pada Isnin apabila kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga runcit telur ayam.

Selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat, kerajaan membuat keputusan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan sebanyak 3 sen sebiji.

Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing dijual dengan harga 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa mulai Isnin.

Anwar menjelaskan, penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam ini melibatkan perbelanjaan RM100 juta, berbanding pada 2023, peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram