MCA Selangor mahu lapor SPRM berhubung projek DRT


  • Primer
  • Isnin, 10 Jun 2024

Penglibatan Asia Mobility dalam projek rintis DRT adalah dibuat secara RfP atau permintaan untuk cadangan dan bukan menerusi rundingan terus seperti yang didakwa. — Gambar hiasan

PEMUDA MCA Selangor bercadang untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu ini berhubung projek Transit Permintaan Responsif Selangor (DRT).

Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah berkata, mereka sebelum ini telah membuat laporan polis pada 29 Mei lalu yang menggesa pihak berkuasa menyiasat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd.

Andy berkata, polis membuat kesimpulan bahawa perkara itu perlu dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

BACA LAGI: Tiada projek diberikan kepada suami Hannah Yeoh — Fahmi Fadzil

BACA LAGI: Tiada kesalahan Selangor beri projek kepada syarikat suami Hannah Yeoh — Azam Baki

2721180

Projek itu didakwa diberikan kepada syarikat milik suami Hannah (kanan).

"Ia diklasifikasikan sebagai Rujukan Agensi Lain (RLA), jadi kami akan pergi ke SPRM minggu ini untuk membuat laporan," katanya pada Isnin.

Katanya, tujuan membuat laporan itu adalah untuk menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut dan bukan untuk menuduh sesiapa lebih awal memandangkan projek itu melibatkan dana awam.

"Sama ada ia bukti konsep, kontrak, atau sesuatu yang lain, kami tidak tahu. Jika tiada apa-apa yang salah, biarlah pihak berkuasa yang berkenaan menjelaskan.

"Ini termasuk Kerajaan Selangor yang menegaskan ia adalah bukti konsep dan tiada wang akan dibayar kepada mereka," jelasnya.

Pada 6 Jun lalu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung menyerahkan memorandum di ibu pejabat SPRM sekali gus mendesak tindakan daripada suruhanjaya itu.

2716586

Azam Baki (tengah) mengesahkan tidak ada sebarang kesalahan dalam penganugerahan kontrak Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat suami Hannah Yeoh.

Memorandum itu menekankan bahawa 25 syarikat pengangkutan lain dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

SPRM bagaimanapun sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang kesalahan dalam penganugerahan kontrak Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat yang dikaitkan dengan suami menteri Pakatan Harapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ini kerana projek itu telah dianugerahkan oleh kerajaan negeri sendiri dan bukan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Hannah Yeoh.

Penyertaan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dalam DRT juga telah menimbulkan kekecohan dengan beberapa pihak yang menuntut Kerajaan Selangor mendedahkan bagaimana firma itu diberi tanggungjawab untuk menjalankan projek itu.

Syarikat tersebut diasaskan pada 2018 oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Ramachandran Muniandy yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility Technologies.

DRT merupakan sebahagian daripada inisiatif Mobiliti Selangor bernilai RM25 juta yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 untuk menambah baik ekosistem pengangkutan awam. — The Star/KHOO GEK SAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram