[VIDEO] Tiada hala tuju, komuniti Palau nomad memulakan hidup baharu di tempat lain — Borneo Komrad


  • Massa
  • Rabu, 12 Jun 2024

Beratus-ratus orang Palau nomad sudah berpindah ke pulau dan kampung yang lain bagi memulakan hidup baru selepas perkampungan mereka yang terletak di Semporna, Sabah dirobohkan minggu lalu. — Facebook/Borneo Komrad

BERATUS-RATUS orang Palau nomad sudah berpindah ke pulau dan kampung yang lain bagi memulakan hidup baru selepas perkampungan mereka yang terletak di Semporna, Sabah dirobohkan minggu lalu.

Pengasas Borneo Komrad, Mukmin Nantang berkata, penduduk kampung tersebut tidak mempunyai pilihan selain mencari perlindungan di tempat lain berikutan rumah komuniti telah dimusnahkan.

"Ada yang pergi tinggal bersama saudara atau rakan buat sementara waktu manakala yang lain berpindah ke pulau lain, katanya.

“Tetapi sudah tentu, kita tidak boleh menyatakan lokasi di mana mereka berada sekarang atas faktor privasi dan keselamatan,” katanya pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing kebal, mungkin ada 'tangan ghaib' — Rosli Sulaiman

BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing tak serik-serik, tetap berniaga meski dah beberapa kali disita

Tambah Mukmin lagi, ada juga dalam kalangan orang Palau atau Bajau Laut ini memilih untuk tinggal di atas bot mereka atau tinggal di rumah mereka yang sebahagiannya telah musnah.

"Orang Palau ini juga tidak tahu ke mana lagi hendak dituju. Rumah mereka telah dimusnahkan," katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana nilai kemanusiaan telah diabaikan dalam menangani masyarakat ini.

“Saya telah melihat sendiri penderitaan yang mereka lalui. Mereka dihina oleh masyarakat tempatan kerana dianggap kotor, miskin dan tidak berpendidikan.

“Ramai memandang rendah golongan ini tetapi bagaimana mereka hendak mempelajari nilai-nilai seperti kebersihan dan akhlak jika mereka dilucutkan hak pendidikan, antara lain?” soal Mukmin.

Mengenai dakwaan bahawa sesetengah penduduk kampung membakar rumah mereka sendiri semasa perobohan sebagai bentuk protes dan untuk meraih simpati orang ramai, beliau berkata, tiada sesiapa yang waras akan melakukan perkara itu.

Baru-baru ini, pihak berkuasa termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, operasi merobohkan rumah orang Palau nomad pada 4 dan 5 Jun lalu adalah atas sebab keselamatan dan penduduk kampung terpaksa membakar rumah mereka yang rosak semasa operasi itu.

Beliau juga berkata, notis pengusiran telah dikeluarkan kepada sejumlah 273 rumah pada awal Mei dan 138 daripada struktur haram ini telah dirobohkan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pada Selasa bahawa negeri itu mempunyai rancangan untuk menangani perkara itu dan tidak akan memperlakukan masyarakat Palau dengan kejam. — TheStar/ STEPHANIE LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram