TINDAKAN pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1 pada Khamis tidak lagi mampu menyelamatkannya.
Baru muncul semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu.
"Bila bagi peluang, consult authority dan ahli agama, ingatkan apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers. Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don't play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team," tulis Suhaimi di platform X pada petang Jumaat.
BACA LAGI: [VIDEO] Peminat teruja Westlife suruh 'angkat tangan' dalam Bahasa Melayu
Difahamkan, Suhaimi sudah menghubungi Ustaz Don untuk memaklumkan bahawa dia tidak lagi mengendalikan program itu.
“Saya harap dia fahamlah kenapa, apabila saya buat keputusan saya (sendiri) akan beritahu individu itu,” katanya.
Dalam pada itu, CEO tanyalahustaz.com, Amir 'Izzuddin Muhammad turut menawarkan diri supaya diambil sebagai pengganti Ustaz Don.
"Saya ada takungan asatizah yang bertauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
"Graduan Yaman, Madinah, Mesir dan Jordan. Berminat boleh hubungi saya untuk program di RTM. Masjid Surau pun boleh hubungi saya," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram