Bukan saja Salam Baitullah, semua program RTM alu-alukan Ustaz Don — KP


  • Massa
  • Rabu, 12 Jun 2024

Ustaz Don kembali bersiaran dalam rancangan Salam Baitullah di stesen RTM bermula Rabu.

'USTAZ Don bukan digantung, cuma direhatkan'. Demikian jawapan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman susulan kontroversi yang menyelubungi pendakwah terkenal itu baru-baru ini.

Jelasnya, keputusan merehatkan Ustaz Don ataupun nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 40, daripada bersiaran di stesen televisyen itu hanya bertujuan meredakan keadaan semasa.

"Hubungan saya dengan Ustaz Don masih lagi baik, dan dia hanya direhatkan untuk seketika kerana ingin mendamaikan situasi panas yang melanda.

BACA LAGI: [VIDEO] Ustaz Don kembali bersiaran malam ini

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah

"Tiada apa isu hangat seperti diperkatakan netizen, semuanya masih dalam keadaan terkawal dan Ustaz Don kembali bersiaran seperti biasa di program Salam Baitullah.

"Bukan sahaja di Salam Baitullah, malah semua program di stesen RTM sentiasa mengalu-alukan kehadiran pendakwah tersohor itu," katanya ketika dihubungi Majoriti.

Sementara itu, laman Facebook Salam Baitullah turut memaparkan kehadiran Ustaz Don pada sesi penggambaran rancangan berkenaan.

Untuk rekod, Program Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun lalu hingga 17 Jun ini.

Justeru, Ustaz Don yang dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pertemuan singkat, baru-baru ini turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ustaz Fawwaz Fadhil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram