Tindakan Johor mohon hasil 30 peratus, buka ruang negeri lain turut menuntut sama


  • Massa
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Pada Selasa, Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan supaya memberikan sebanyak 30 peratus hasil cukai kepada negeri tersebut. — Gambar hiasan

TINDAKAN Johor menuntut hasil cukai sebanyak 30 peratus terhadap Kerajaan Persekutuan sebanyak bakal membuka ruang kepada negeri lain melakukan tindakan sama, kata penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan.

Beliau berkata, ini kerana langkah tersebut sekiranya diluluskan sememangnya akan turut memberi kesan terhadap pembahagian peruntukan termasuk bagi tujuan pembangunan terhadap negeri lain di dalam negara.

BACA LAGI: PKR ada kelebihan jika ikut trend, PAS perlu elemen lain pertahan Sungai Bakap

BACA LAGI: Nasib 6 MP BERSATU: Tak mustahil diterima kembali jadi calon, singkap sejarah Umno terima semula ahli parti

"Ini adalah sesuatu yang kita tak ingin ianya berlaku kerana Johor adalah penyumbang ketiga terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terhadap Malaysia. Kalau diambil sehingga 30 peratus, maka pendapatan negara secara kasarnya akan berkurangan.

"Dalam hal ini, negeri-negeri yang dikatakan tidak terlalu kaya seperti Johor antaranya Perlis, Kedah bakal menerima akibatnya kerana mendapat kekurangan daripada bajet Kerajaan Persekutuan

"Jadi kalau ia diluluskan, ini pasti akan membuka sebab negeri-negeri lain untuk membuat perkara yang sama," katanya kepada Majoriti.

Pada Selasa, Kerajaan Johor memohon Kerajaan Persekutuan supaya memberikan sebanyak 30 peratus hasil cukai kepada negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata perkara itu penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk segala pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik.

Kenyataan tersebut keluar tidak sampai beberapa hari selepas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang membangkitkan isu mengenai peruntukan hasil cukai yang dikembalikan kepada Johor oleh Kerajaan Persekutuan.

Johor Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi explaining about his plans for the state since taking office earlier this year. — THOMAS YONG/The Star

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi

Mengulas lanjut, Azmi berkata, berbeza dengan Sabah dan Sarawak yang mempunyai Perjanjian Malaysia 1963, tuntutan dikemukakan Kerajaan Johor itu disifatkan tidak terikat dengan sebarang peruntukan perundangan di bawah Perlembagaan.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan berhubung permohonan tersebut adalah bergantung kepada perbincangan antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Namun, Azmi berkata, melihatkan kepada situasi melibatkan tuntutan Kerajaan Terengganu terhadap Kerajaan Persekutuan antaranya dalam isu royalti, permintaan Johor itu dilihat agak sukar untuk ditunaikan.

Dalam pada itu, beliau berpandangan permohonan yang dibuat oleh Johor itu tidak begitu mendesak dengan mengambil kira tahap pembangunan di negeri terbabit.

"Isunya pembangunan di Johor itu dilihat begitu rancak. Jadi bagi saya, kalau Kelantan atau Kedah yang meminta, walaupun kerajaan (parti) memerintah berlainan daripada Persekutuan, bagi saya itu lebih logik kerana mereka memerlukan lebih banyak pertolongan berbanding Johor," katanya.

Bagaimanapun, Azmi berkata, permintaan Johor bagi peningkatan peruntukan itu boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memohonnya mengikut projek dan bukannya secara berkala atau tahunan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram