Apabila pendidikan ‘diniagakan’, status pelajar bertukar jadi pelanggan dibebani hutang


  • Massa
  • Khamis, 06 Jun 2024

Ramai graduan terperangkap dalam hutang walaupun belum mempunyai komitmen lain. — Gambar Hiasan

KEBELAKANGAN ini, masalah bebanan hutang dalam kalangan rakyat semakin membimbangkan. Adakah manusia hidup dan bekerja hanya sekadar untuk membayar hutang?

Ibarat kata Hamka, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menunjukkan faktor terbesar muflis adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes 20,754 iaitu mewakili 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan.

BACA LAGI: Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’

BACA LAGI: Tak kedekut ilmu bisnes, ikut rapat 5 anak muda, otai usahawan jika mahu sukses berniaga

Terkini, berdasarkan statistik MDI, individu berusia antara 35 hingga 44 tahun paling tinggi diisytiharkan bankrap dengan jumlah kes sebanyak 18,454, diikuti oleh golongan umur 45 hingga 54 tahun sebanyak 12,752 kes dan golongan muda iaitu 25 hingga 34 tahun (10,302 kes).

Perkara ini perlu diambil serius kerana menyumbang kepada peningkatan kes jenayah dan kesihatan mental negara.

Ramai dalam kalangan anak muda pada hari ini dilihat melewatkan perkahwinan kerana terpalit dengan masalah bebanan hutang peribadi yang seterusnya menjurus kepada zina dan kes kelahiran anak tidak sah taraf.

Pada dasarnya, rakyat terutamanya umat Islam terpalit dalam perbuatan riba yang hanya dikaburi oleh istilah “pinjaman”.

Soal hutang tidak sepatutnya diambil ringan oleh mana-mana pihak. -Gambar hiasan

Pada hari ini, kaedah pinjaman dipelbagaikan dan digalakkan melalui konsep “mesra Islam” atau patuh syariah. — Gambar Hiasan

Pinjaman wang ini sebenarnya telah membebankan rakyat dan jika menurut hukum Islam, perkara tersebut adalah haram kerana boleh memudaratkan.

Namun begitu, pada hari ini, kaedah pinjaman dipelbagaikan dan digalakkan melalui konsep “mesra Islam” atau patuh syariah.

Maka, bagaimana rakyat dapat mencapai kehidupan yang lebih berkmakna dan barakah dari Ilahi jika haq dan batil masih terus diamalkan, dan batil semakin menguasai haq.

Pendidikan sebagai perniagaan

Sektor pendidikan pasca kemerdekaan terus berkembang di mana terdapat pembelajaran pelbagai peringkat umur. Jika dilihat di kawasan bandar, pendidikan awal kanak-kanak di tadika memerlukan wang yang banyak.

Pelbagai bayaran dikenakan terhadap pelajar sehingga membebani ibu bapa di mana pendidikan seharusnya diberikan percuma kerana merupakan keperluan asas rakyat.

Pada peringkat pengajian tinggi pula, mahasiswa universiti perlu mencari inisiatif dan bantuan kewangan sendiri yang mencukupi bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

Sektor pendidikan beralih menjadi perniagaan apabila penubuhan Akta Pendidikan 1996 memberi kelulusan kepada menteri untuk menguruskan segala urusan berkaitan pendidikan swasta.

Pelepasan bagi cukai pendapatan ke atas simpanan Simpan SSPN sehingga RM8,000 dilanjutkan pada tahun ini.

Pinjaman PTPTN ini merupakan pinjaman boleh ubah mengikut dasar baharu pada tahun 2003.

Untuk menjayakan penswastaan pendidikan, dasar pengkorporatan Institusi Penyelidikan Tinggi Awam (IPTA) diwujudkan pada 1997 bertujuan memberikan fleksibiliti kepada pihak universiti dalam melaksanakan tugas dengan kurangnya kawalan kerajaan secara langsung ke atas pengurusan universiti, serta bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan (Anuwar, 1997).

Namun tanpa disedari, perkara ini memberi peluang kepada pihak universiti swasta untuk mengenakan caj-caj tertentu tanpa kawalan dan akhirnya membebankan pelajar.

Terbaharu, sekumpulan mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pagoh Muar, Johor telah membuat perbincangan kumpulan di bawah kursus teras Universiti UNGS 2290, berkaitan hal pinjaman PTPTN yang kini dipilih oleh majoriti mahasiswa dari keluarga B40 sebagai agensi sokongan kewangan bagi mendapatkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Pinjaman PTPTN ini merupakan pinjaman boleh ubah mengikut dasar baharu pada tahun 2003 yang mengenakan caj 3% sebagai kos pentadbiran kecuali peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Seorang pekerja p-Hailing disuruh membayar hutang pinjaman dibuat oleh kakak iparnya. -Gambar hiasan

Ramai pelajar dibebani dengan hutang apabila tamat pengajian. — Gambar Hiasan

Kursus Profesional pula dikenakan caj 5% atas baki kekurangan. Mulai 1 Jun 2008, PTPTN menawarkan tawaran pinjaman berlandaskan prinsip Syariah iaitu caj 1% yang dinamakan‘Ujrah’ (upah) setahun atas kadar rata.

Mereka menyatakan bahawa pinjaman PTPTN dapat membantu ramai mahasiswa menyelesaikan masalah kewangan semasa menjalani pengajian.

Namun begitu, pihak berkenaan perlu melihat dari sudut yang lebih jauh dalam menyediakan tenaga kerja negara pada masa hadapan.

Meskipun terdapat pengimbuhan atau pengurangan dalam pembayaran balik semula pinjaman kepada graduan, namun nasib tidak baik akan menimpa kepada golongan graduan yang kurang cemerlang atas faktor kegagalan capaian gred dan “pointer” yang disyaratkan.

Oleh sebab itu, ramai graduan terperangkap dalam hutang walaupun belum mempunyai komitmen lain.

Menurut laporan mStar pada 27 September 2017 memetik kenyataan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafar Ali, seramai 447,890 peminjam PTPTN telah disenarai hitam disebabkan kegagalan membayar semula pinjaman, sekali gus menjadi golongan terbesar dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara merekodkan hutang pinjaman pendidikan tinggi adalah hutang kedua paling lazim ditanggung oleh orang dewasa yang bekerja dalam lingkungan umur 20-29 tahun.

Maka jelas bahawa dalam industri pendidikan yang berorientasikan perniagaan ini menjadikan pelajar sebagai pelanggan yang berhutang apabila industri pendidikan telah menjadi pembekal servis kepada pelanggan. Konsep pendidikan yang bertujuan untuk membina insan berkualiti telah berubah kepada kepuasan pelajar sebagai pelanggan.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menerima sistem yang menerapkan nilai-nilai materialistik yang berasaskan keuntungan sehingga terhakisnya nilai-nilai Islam yang sebenar, terutamanya dalam aspek pendidikan.

Niat murni pemuda pemudi harapan bangsa untuk menimba ilmu yang suci dicemarkan dengan bebanan hutang dan pendidikan yang berorientasikan perniagaan.

“Jauhi hutang, Jauhi riba, Makmur Malaysia”. — Majoriti

Ummie Aimi merupakan Mahasiswa UIAM Pagoh, Muar, Johor.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti.*

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram