BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pada Rabu tampil memberi keterangan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge, Singapura.
Menurut pejabat peguamnya, beliau dimaklumkan untuk hadir di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Mahathir berkata, pihaknya dapat menjangkakan perkara tersebut kerana menjadi pihak terlibat dengan perkara yang dibincangkan RCI berkenaan.
BACA LAGI: KPDN pertimbang syor perluas jenis kenderaan layak nikmati subsidi diesel
BACA LAGI: BERSATU akan hantar surat kepada Speaker, beri notis keahlian gugur sehari 2 lagi — Muhyiddin
Permohonan Mahathir agar prosiding itu dilakukan secara terbuka ditolak Mahkamah Tinggi. — The Star
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Mahathir untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding RCI dijalankan secara terbuka.
Hakim Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan sama yang dikemukakan Dr Mahathir perintah melarang Tun Md Raus Sharif daripada bertindak sebagai Pengerusi RCI dan menghalang Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu dan Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir daripada menjadi ahli RCI. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram