KPDN pertimbang syor perluas jenis kenderaan layak nikmati subsidi diesel


  • Primer
  • Rabu, 12 Jun 2024

Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel terhadap cadangan memperluas jenis kenderaan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS 2.0. — Gambar hiasan/The Star

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan meneliti semula permohonan dan rayuan kelayakan kenderaan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang bermula pada Isnin lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pertimbangan dilakukan untuk meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.

Armizan berkata, perkara itu akan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel terhadap cadangan memperluas jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0.

BACA LAGI: Prosedur tuntut subsidi diesel, KPDN ingatkan simpan resit jika belum terima ‘fleet card’

BACA LAGI: BERSATU akan hantar surat kepada Speaker, beri notis keahlian gugur sehari 2 lagi — Muhyiddin

2739582

Datuk Armizan Mohd Ali.

"Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan, diesel bersubsidi SKDS 2.0 yang dipohon beberapa syarikat perlu memastikan kenderaan milik syarikat memenuhi 23 kategori kenderaan layak mengikut senarai disediakan MOF.

Buat masa ini, hanya 23 kategori kenderaan yang layak beroperasi di Semenanjung melalui SKDS 2.0 termasuk kenderaan jenis Lori Rigi; Kargo Am, Penggerak Utama, Lori Rigid; Refrigerated, Lori Rigid; Tangki Tepung, Lori Rigid; Luton/Kotak, Window Van, Lori Rigid; Tangki Air dan Panel Van.

Kementerian itu juga mengumumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia akan diapungkan kepada RM3.35 seliter bermula daripada tengah malam Isnin lalu.

Namun begitu, harga sebelum ini iaitu RM2.15 seliter akan kekal terpakai di Sabah, Sarawak dan Labuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram