PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memaklumkan akan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung status pengguguran tujuh wakil rakyatnya dalam tempoh terdekat ini.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberitahu bahawa pihaknya juga akan menghantar notis kepada tujuh ahli yang digugurkan keahlian dalam parti sehari dua lagi.
Katanya, notis itu adalah untuk memaklumkan tentang pengguguran keahlian masing-masing sambil menegaskan tindakan itu tidak bersifat terburu-buru.
BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU
Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut akan lakukan secepat mungkin. — The Star
Muhyiddin pada masa sama berkata, BERSATU akan memberikan surat pengetahuan tentang status keahlian mereka yang telah gugur.
Katanya, keputusan itu dilakukan ekoran pindaan perlembagaan BERSATU yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Terdahulu, seramai tujuh wakil rakyat BERSATU digugurkan keahlian selepas ikrar taat setia yang sekali gus melanggar perjanjian surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Kata beliau, BERSATU juga kekal mengikut Perlembagaan Parti bagi mempertandingkan jawatan lain dan calon berhasrat bertanding perlu mengemukakan permohonan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan Bersatu.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram