BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan dia membuat keputusan secara bersendirian untuk menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018.
Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan terbabit secara bersama selepas mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak serta beberapa sesi taklimat.
Mahathir yang merupakan bekas Ahli Parlimen Langkawi turut menegaskan pertimbangan dibuat berdasarkan dokumen-dokumen, termasuk satu daripada lima peguam atasan dari England dan mereka yang berada dalam Queen Concel (QC).
BACA LAGI: Permohonan Tun M mahu prosiding RCI Batu Puteh dibuat secara terbuka ditolak mahkamah
BACA LAGI: JPM tidak campur tangan siasatan RCI Tabung Haji
Konflik mengenai tuntutan kawasan Pulau Batu Puteh diteruskan.
Malah, beliau turut mengatakan seorang penasihat antarabangsa dikenali sebagai Dr Brendan Plant menasihati bahawa negara tidak memiliki hujah kukuh untuk memastikan kemenangan dalam kes tuntutan itu.
Selain itu, sesi taklimat berkaitan hal tersebut diadakan dengan kehadiran kakitangan Jabatan Peguam Negara, kakitangan Menteri Luar Negara dan dua peguam tempatan yang dilantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai penasihat.
"Tiada pihak yang mempunyai percanggahan pendapat dengan pandangan Plant yang mengatakan kes kami tidak kukuh dan terdapat risiko jika ia diteruskan.
"Pada akhir taklimat, saya diminta untuk buat keputusan. Tetapi, saya meminta masa untuk berbuat demikian yang kemudian saya membincangkannya dengan ahli Kabinet.
"Kabinet saya pada ketika itu juga tidak melawan atau menolak cadangan bahawa kita tidak sepatutnya meneruskan usaha mengubah keputusan. Ia merupakan keputusan terakhir dan ia dibuat dalam Kabinet dan bukan saya berseorangan," katanya menerusi satu sesi sidang media para Rabu.
Azalina mengatakan Anwar membuat keputusan itu secara sembunyi dan bersendirian.
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menegaskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura sementara Batuan Tengah milik negara sementara pemilikan Tubir Selatan masih belum diputuskan.
Kerajaan yang diketuai Barisan Nasional pada ketika itu meminta supaya keputusan ICJ itu diperjelaskan, namun pada 2018, kerajaan kendalian Pakatan Harapan menarik semula keputusan mengenainya.
Bagaimanapun, April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Mahathir membuat keputusan itu secara rahsia.
Sejak itu, Mahathir sudah dipanggil untuk memberikan kenyataan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram