[VIDEO] Kes tembak KLIA: Pengurus agensi pelancongan berdepan sebutan kes pertama di Mahkamah Sesyen Sepang


Hafizul yang berbaju dan berseluar putih tiba di mahkamah pukul 9.10 pagi.

PENGURUS agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 38, yang terlibat dalam insiden melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tiba di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa.

Tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh terhadap Farah Md. Isa, 38, dan menyebabkan seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan serius pada April lalu.

Hafizul yang berbaju dan berseluar putih tiba di mahkamah pukul 9.10 pagi dan ini merupakan sebutan kali pertama kesnya selepas didakwa pada 25 April lalu.

BACA LAGI: Hafizul Hawari didakwa atas 7 pertuduhan termasuk miliki senjata api

BACA LAGI: [VIDEO] Hafizul Hawari tak mengaku salah cubaan bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi

Mengikut pertuduhan pertama, Hafizul didakwa telah melakukan cubaan bunuh terhadap isterinya itu di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal, 1 KLIA di sini pukul 1.09 pagi pada 14 April lalu. Pasangan itu dilaporkan dalam proses penceraian.

Pada 25 April lalu, Hafizul mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan cuba membunuh ahli perniagaan wanita terbabit dan mencederakan pengawal peribadi di tingkat tiga KLIA pukul 1.09 pagi 14 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 dan 326 Kanun Keseksaan.

Pada 24 April lalu, Hafizul turut dihadapkan dengan tujuh pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan kerana memiliki pistol, peluru dan mercun, tiga MyKad milik individu berbeza, dan memandu kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu berhampiran sebuah rumah persendirian di daerah Kota Bharu pada pukul 2 petang 15 April lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram