TIGA buah kapal perang Rusia dan sebuah kapal selam nuklear dijangka tiba di Cuba dalam minggu ini bagi latihan ketenteraan di kawasan perairan Karibia.
Menerusi laporan CBS News, latihan ketenteraan Rusia itu bukanlah satu ancaman buat Amerika Syarikat (AS), namun AS telah mengarahkan kapal perang untuk memantau situasi di perairan Caribbean.
Kementerian Luar Cuba dalam satu kenyataan berkata, kapal perang Rusia itu akan tiba di Havana, Cuba pada Rabu dan menjalani latihan sehingga Isnin (17 Jun).
BACA LAGI: [VIDEO] Ayah 4 anak maut terkena tembakan rambang suspek 'satu dolar' ketika memandu
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas insiden 'selfie' di Mexico, tular video wanita degil dirempuh kereta api
Dalam pada itu, tentera AS memberitahu media bahawa kapal selam Rusia tidak membawa senjata nuklear dan hanya menggunakan kuasa daripada tenaga itu sebagai bahan operasi kenderaan tersebut.
“Kami tiada sebarang petunjuk atau menjangkakan latihan ketenteraan itu akan menggunakan senjata nuklear dalam latihan ini.”
Update: Russian warships including a nuclear submarine have arrived in Havana harbor just off the coast of Florida! Will this set off a new Cuban Missile Crisis?? pic.twitter.com/zKKkkTFEwl
— US Civil Defense News (@CaptCoronado) June 9, 2024
Sebelum ini tular dalam media sosial video kapal perang Rusia sedang melabuh di pelabuhan Havana sekali gus membuatkan orang ramai panik kerana dikhuatiri akan tercetusnya krisis nuklear
Pergerakan kapal itu berlaku selepas AS memberikan kelulusan buat Ukraine untuk menggunakan senjata simpanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menyerang Rusia.
Disebabkan kelulusan yang dibuat oleh AS, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah menghantar tentera Rusia di beberapa kawasan untuk menyerang negara barat yang masuk campur urusan dua buah negara itu.
Malah, Rusia turut bersedia melakukan serangan kepada negara barat yang terlibat jika Ukraine menyerang Rusia menggunakan senjata simpanan NATO. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram