'Saya bukan YB media sosial, action speaks louder than words' — Harrison Hassan


  • Politik
  • Selasa, 11 Jun 2024

Harrison memilih untuk turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah berbangkit dalam kalangan penduduk di kawasannya. — Facebook/Harrison Hassan

DALAM era digitalisasi ini, media sosial membentuk satu pengaruh yang begitu kuat dalam kalangan masyarakat moden.

Media sosial bukan sekadar tempat untuk berkongsi konten 'suka-suka', malah ia turut berupaya menjadi salah satu platform perantara melibatkan ahli politik dengan masyarakat setempat.

Meskipun penggunaan medium itu dilihat semakin meluas ketika ini, namun tidak semua wakil rakyat terpengaruh dengan tren tersebut.

BACA LAGI : Sudah beberapa kali ragut nyawa, penduduk Puncak Alam gesa PBT bina lampu isyarat di 'Persimpangan Mario'

BACA LAGI : ADUN Jeram sudah lama turun padang, cadang ‘Simpang Mario’ ditutup selama-lamanya

2

Harrison enggan sekadar mencari publisiti melalui media sosial, sebaliknya berjumpa secara terus dengan rakyat. — Facebook/Harrison Hassan

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan, beliau lebih memilih kaedah bersemuka dan turun padang untuk bertemu dengan rakyat bagi mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk di kawasannya.

Dalam satu temu ramah eksklusif bersama Majoriti, Harrison menyatakan bahawa beliau lebih mengutamakan perkhidmatan dan penyelesaian isu rakyat secara langsung berbanding sekadar mencari populariti di media sosial.

4

Harrison Hassan

"Saya seorang yang matang dari segi umur dan (karier) politik.

"Saya faham (terdapat sesetengah) keadaan, mungkin rakyat nak berjumpa dan mengadu (masalah) agak susah dan media sosial memang platform untuk sampaikan masalah kita.

"Kalau pun ada masalah yang timbul dalam kalangan penduduk, hampir semuanya disampaikan kepada saya melalui media sosial, yang bagi saya tiada masalah.

"Namun saya bukan wakil rakyat media sosial, saya bukan ADUN online (dalam talian). Saya tetap akan turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

3

Harrison dipilih oleh rakyat sebagai ADUN Jeram mewakili PN pada PRN Selangor pada tahun lalu. Facebook/Harrison Hassan

Harrison menambah, sebagai wakil rakyat, beliau perlu menggunakan saluran yang betul dengan berlandaskan undang-undang.

"Untuk menyelesaikan isu dan aduan yang diterima, saya sendiri akan berkomunikasi dengan pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang lain.

"Bagi saya, action speaks louder than words, tak guna sekiranya berbalas komen di media sosial tetapi tiada tindakan yang diambil," ujarnya.

Untuk rekod, Harrison dipilih oleh rakyat sebagai ADUN Jeram mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram