Gagal tarik brek tangan dengan kemas punca kereta tiba-tiba berundur — Polis Kajang


  • 112
  • Ahad, 09 Jun 2024

Perodua Ativa tiba-tiba berundur mengakibatkan dua motosikal melanggarnya di Balakong pada Jumaat.

KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta dengan dua motosikal yang berlaku di Balakong, Selangor pada Jumaat didapati berpunca daripada tidak menarik brek tangan.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan selepas siasatan mendapati pemilik kereta Perodua Ativa gagal menarik brek tangan dengan sempurna ketika kejadian berlaku pada Jumaat dekat Lebuhraya Kajang SILK.

Akibat daripada kegagalan itu, kereta tersebut mengundur ke belakang lalu bahagian kiri kereta tersebut dilanggar oleh dua motosikal.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak tarik 'hand brake' masa parkir, penunggang wanita antara mangsa kemalangan kereta undur tiba-tiba di Balakong

BACA LAGI: [VIDEO] Selamba jalan bawah jejantas sampai motor nak elak kemalangan, ramai marah polis tertutup 'hijab'

"Akibat tidak menarik brek tangan dengan kemas, kereta itu mengundur keluar ke jalan utama sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal telah melanggar bahagian kiri kenderaan tersebut

"Kes disiasat mengikut Peraturan 14 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

"Kecuaian yang sedikit boleh mendatangkan mudarat yang besar. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Nor Shahidan di talian 012-3910630 bagi membantu siasatan," kata Mohd Zaid dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.20 pagi dekat salah sebuah pusat servis kenderaan, penunggang motosikal mengalami kecederaan sementara pemilik kereta tidak tercedera.

Kejadian terjadi selepas dua penunggang motosikal itu gagal mengelak kereta yang tiba-tiba undur dengan pintu bahagian penumpang bahagian depan terbuka.

Video itu tular di media sosial sejak Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram