Pengaruh luar, kebebasan peribadi antara alasan ramai Gen-Z pilih kahwin berkonsepkan 'child-free'


  • Massa
  • Ahad, 09 Jun 2024

Konsep 'child-free' mula dilihat semakin menjadi pilihan dalam kalangan pasangan sudah berkahwin di Malaysia. — Gambar hiasan/Agensi

KADAR populasi penduduk Malaysia kini berada dalam fasa membimbangkan apabila Laporan Perangkaan Demografi yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan penurunan jumlah kelahiran pada suku tahun keempat 2023 iaitu sebanyak 1.1 peratus berbanding 2022.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada 2023 bagaimanapun mengumumkan bahawa kadar kesuburan keseluruhan (TFR) 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun pada 2022 direkodkan paling rendah sejak lima dekad lalu.

Ia lebih merunsingkan sejak munculnya konsep perkahwinan tanpa anak atau lebih terkenal dengan child-free lifestyle.

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

BACA LAGI: Sekolah kerap putus bekalan elektrik, murid sekolah di Johor Bahru berpanas ikuti kelas di koridor

Little hikers walking on a tree trunks in a forest.

Pelbagai faktor mendorong kepada konsep child-free. — Gambar hiasan/Agensi

Gaya hidup bebas itu merupakan pilihan secara sedar yang dibuat oleh individu atau pasangan untuk tidak memiliki anak.

Terdapat pelbagai faktor dan alasan peribadi yang mendorong kepada penggunaan konsep tersebut dalam alam perkahwinan.

Menurut seorang pengguna Facebook Ernaini Mahfud, keadaan ekonomi tidak stabil seperti inflasi boleh menjadi sebab kemungkinan orang ramai terutamanya golongan generasi Z memilih untuki menjalani hidup berdua tanpa anak.

Dia bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan terhadap pasangan generasi itu sepenuhnya untuk berbuat demikian.

Selain inflasi, dia menganggap bahawa kos pendidikan yang terlalu tinggi juga menyebabkan segelintir pasangan memilih gaya hidup itu.

"Mendidik anak-anak pada masa kini pun terlalu mahal. Tapi saya tidak mengkritik jika generasi Z pada masa kini memilih untuk tidak mempunyai anak kerana mereka tahu kemampuan mereka sendiri.

"Tadika bukannya RM100 hingga RM500 macam dulu-dulu, pendaftaran je dah hampir RM2,000. Lagi-lagi yang ada anak istimewa.

"Kos setiap bulan untuk pendidikan sahaja dah lebih 50 peratus daripada gaji," tulisnya.

msg1050426791-33466

Prof Dr Rumaya Juhari.

Ketua Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Rumaya Juhari bagaimanapun menjelaskan bahawa terdapat faktor lain konsep child-free menjadi pilihan melalui tiga aspek utama iaitu domain peribadi, interpersonal dan konstektual.

Menurutnya, faktor peribadi yang mengambil kira daripada aspek keutamaan dalam hidup, personaliti dan kesihatan boleh menjadikan seseorang itu cenderung tidak mahu memiliki anak.

"Mungkin segelintirnya mempunyai sejarah perkembangan atau pengalaman ketika zaman kanak-kanak mahupun trauma yang tidak dapat dilupakan walaupun sudah berkahwin.

"Selain itu, tidak bersedia, kurang keyakinan dan tidak mempunyai 'ciri' yang diingini sebagai ibu bapa atau mempunyai hobi serta minat berbeza yang memberi fokus lebih kepada kebebasan peribadi," katanya kepada Majoriti.

7644ae6e-f444-400c-85fc-b67c3d1c296f_article_image_url

Tuntutan kerjaya dan kos sara hidup yang tinggi antara penyebab konsep tersebut menjadi pilihan. — Gambar hiasan/Agensi

Bukan itu sahaja, beliau menambah, faktor interpersonal pula melibatkan keputusan yang dipersetujui kedua-dua pasangan untuk menghargai kehidupan sebagai pasangan tanpa perlu memikul tanggungjawab mengasuh anak.

Manakala, faktor kontekstual pula didorong oleh pengaruh luar seperti ekonomi dan kesihatan seperti takut tidak dapat memenuhi tuntutan kewangan apabila mempunyai anak.

"Faktor kesihatan melibatkan penyakit, isu genetik dan kompilasi yang tidak dapat dielakkan sekali gus menghalang pasangan berkahwin mempunyai anak," jelasnya.

Rumaya pada masa sama tidak menafikan bahawa memiliki anak masih tetap menjadi budaya di negara ini.

"Gaya hidup perkahwinan tanpa anak juga masih belum dapat disahkan secara rasmi untuk diklasifikasikan sebagai trend di Malaysia," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram