[VIDEO] Polis siasat lelaki cabul wanita ketika beli-belah di pasar raya Selayang


  • 112
  • Sabtu, 08 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan wanita terbabit dicabul oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pasar raya di Selayang pada Selasa lalu.

POLIS kini giat menjalankan siasatan terhadap kes gangguan seksual ke atas seorang wanita ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Selayang, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesahkan bahawa menerima laporan berhubung kes cabul terhadap wanita yang berumur lingkungan 30-an.

"Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: Sikap 'boleh je' punca budaya cop parkir PPR 'tidak nampak bayang' akan selesai

BACA LAGI: Pemandu kena sawan rempuh tiang lobi hospital di Muar

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

msg1050426791-33427

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan kurang sopan terhadap mangsa yang pada ketika itu sedang memilih barang di satu ruangan dalam pasar raya berkenaan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, lelaki terbabit dilihat menghampiri sebelum menyentuh punggung mangsa secara pantas dan berlalu pergi.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis selepas menyedari tindakan lelaki berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram