GARA-GARA kerap menyaksikan ibu sendiri melakukan hubungan seksual dengan teman lelaki, seorang kanak-kanak lingkungan lima tahun tergamak menodai adik kembarnya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.
"Peristiwa ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.
BACA LAGI: Lebih 1,000 lelaki mengadu kena gangguan seksual
BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun
Siti Kamsiah percaya kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.
"Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka," katanya.
Dia berkata demikian ketika penerangan berkaitan jenayah seksual dalam sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam pada Rabu.
Katanya, kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.
"Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa.
"Selain itu, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri," katanya.
Justeru, kata Siti Kamsiah, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.
"Sikap bertanggungjawab ibu bapa dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral.
"Selain itu masyarakat turut memainkan peranan dengan segera melaporkan sebarang kejadian berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan dapat diambil sewajarnya," katanya. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram