[VIDEO] Angkara anak pinjam ah long di Singapura, rumah ibu di Sitiawan dilempar bom petrol


  • 112
  • Jumaat, 07 Jun 2024

Keadaan rumah suspek yang mengalami kerosakan selepas dijilat api akibat serangan bom petrol itu.

POLIS memburu suspek yang melempar molotov koktail sehingga mengakibatkan kebakaran dua kenderaan di sebuah rumah di Taman Singa Baru 2, Kampung Koh, Sitiawan, Perak pada Selasa lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi, sebuah motosikal dan kereta milik seorang jurujual wanita berusia 56 tahun hangus dijilat api.

Menurutnya, satu botol kaca dipercayai molotov koktail ditemui di lokasi kejadian berserta sehelai kertas yang tertera nama anak kepada wanita itu di luar pagar rumah terbabit.

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan anak bergurau, satu famili disamun dalam tempoh tak sampai 2 minit di Sitiawan

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas lumpuh rentung tepi pintu bilik dalam kebakaran rumah kedai di Sitiawan

WhatsApp Image 2024-06-07 at 22.15.21

Sekeping nota ditinggalkan dalang serangan bom petrol berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, punca kejadian berkemungkinan berkait dengan anak ketiga mangsa yang tinggal dan bekerja di Singapura belum melangsaikan hutang dengan along dari negara itu, walaupun wanita terbabit sudah membantu memberikan sejumlah wang.

"Berdasarkan keterangan pengadu, polis mengesyaki kejadian didalangi dua suspek dan usaha mengesan mereka masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya pada Jumaat.

Mohamed Nordin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video berdurasi 16 saat serta beberapa gambar memaparkan keadaan pekarangan rumah mangsa terbabit kebakaran tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram