[VIDEO] Ada botol disyaki bom molotov di lokasi, polis buru suspek khianat cetus kebakaran rumah MP Beruas


  • 112
  • Rabu, 10 Jan 2024

SEBANYAK tiga kereta milik Koo Ham terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu yang turut menjejaskan garaj kereta bahagian depan rumah ahli politik tersebut.

POLIS kini sedang mengesan individu dipercayai terlibat dalam insiden khianat dengan membaling bom molotov ke dalam pekarangan rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian tersebut, polis menemui sebuah sebotol dipercayai bom molotov di lokasi.

“Percubaan mengesan individu itu sedang dijalankan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, kerana ini boleh menghalang siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah baling bom petrol di pintu bank Sibu, suspek ada rekod jenayah dicekup selepas sejam

2483307

Antara bahan bukti yang ditemui dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan siasatan menyeluruh akan dilakukan dari segenap aspek.

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 12 tahun OKU rentung dalam kebakaran di Kuching

Pada masa sama, Mohd Yusri berkata, ibu pejabat polis daerah Manjung sudah menerima panggilan daripada Koo Ham mengenai kebakaran yang telah merosakkan tiga keretanya.

Sebelum itu, media melaporkan mengenai kebakaran yang berlaku di kediaman ahli Parlimen tersebut di Taman Semarak Jaya dekat Ayer Tawar, Manjung pada awal pagi Rabu.

Dilaporkan, sebanyak tiga kereta milik Koo Ham terbabit dalam kebakaran tersebut yang turut menjejaskan garaj kereta bahagian depan rumah ahli politik tersebut.

Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku itu dapat dibendung dan tiada mangsa tercedera dalam insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram