[VIDEO] Warga emas lumpuh rentung tepi pintu bilik dalam kebakaran rumah kedai di Sitiawan


  • 112
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar kebakaran yang terjadi dalam kejadian di Kampung Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak pada malam Ahad.

SEORANG lelaki warga emas yang lumpuh ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Kampung Baru, Ayer Tawar, Manjung, Perak pada malam Ahad.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Loo Leng Wion, 90, ditemukan oleh anggota penyelamat selepas hampir empat jam operasi pemadaman.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.41 malam.

BACA LAGI: Miliki perut boroi? Amalkan 7 menu sarapan ini bantu kempiskan perut

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi pengganti Tyzo, Chiwan Chilok sedia dikecam

"Setiba pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kedai dua tingkat. Kebakaran dianggarkan kira-kira 70 peratus.

"Seorang mangsa ditemukan pukul 3.35 pagi berdekatan dengan pintu bilik di tingkat atas dan disahkan maut oleh pegawai kesihatan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu anggota dari BBP Sitiawan, BBP Pantai Remis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, PBS Air Tawar dan PBS Pantai Remis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram