DISYAKI angkara khianat, sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur terbakar selepas dilempar bom petrol pada Khamis.
Terdahulu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Khamis itu memaparkan empat individu yang menjadi suspek kejadian.
Dalam video sama, empat lelaki memenaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.
BACA LAGI: PRK KKB: PH ambil pendekatan peribadi, berkempen dari rumah ke rumah — MB Selangor
BACA LAGI: PRK KKB: PAS guna taktik di Kelantan, Terengganu atasi isu peratusan undi rendah
Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur dibaling bom petrol pada pukul 2.18 pagi Khamis
Baca selanjutnya> https://t.co/YNx6oLv4vn pic.twitter.com/1zbFO7G2mG
— Majoriti (@majoritionline) May 10, 2024
Manakala menerusi video kedua berdurasi 42 saat pula menyaksikan premis berkenaan terbakar sambil dikerumuni orang awam yang cuba memadamkan kebakaran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof berkata, pihaknya mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.
"Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku pukul 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat," katanya. — The Star/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram