KEMENTERIAN Kewangan (MOF) meluluskan lebih 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani setakat Khamis.
Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan penyaluran bantuan tunai bernilai RM200 itu akan diterima bermula pada 10 Jun ini melalui akan bank penerima.
Untuk penerima tanpa akaun bank pula, mereka boleh menuntut Budi Madani secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU
BACA LAGI: Bukan deposit tetap mana-mana parti, PRK Sungai Bakap mungkin saksikan persaingan terbuka 4 penjuru
“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.
“Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024,” ujar kenyataan itu.

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.
Budi Madani merupakan inisiatif Kerajaan Madani untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak.
Ia terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.
Menurut MOF, bagi membendung kenaikan kos sara hidup, kerajaan bakal terus menyediakan subsidi diesel bersasar kepada kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
