Azlee Senario dikejarkan ke IJN lepas hadapi masalah jantung


  • Hiburan
  • Khamis, 06 Jun 2024

Media melaporkan Azlee ketika ini sedang mendapatkan rawatan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari.

PELAWAK tanah air yang juga anggota kumpulan Senario, Azlee terpaksa dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Khamis.

Difahamkan, beliau atau nama sebenarnya Muhammad Azlee Jaafar, 56, dirawat di IJN selepas dipercayai mengalami masalah berkaitan jantung.

Dalam pada itu, media melaporkan Azlee ketika ini sedang mendapatkan rawatan ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU).

BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku, kuasa Speaker Dewan Rakyat penentu nasib kerusi 6 MP BERSATU

BACA LAGI: Bukan deposit tetap mana-mana parti, PRK Sungai Bakap mungkin saksikan persaingan terbuka 4 penjuru

Perkembangan mengenai kesihatan pelawak legenda itu dimaklumkan rakan baiknya yang juga pelawak, Ropie, 55, menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 1.20.59 PM (1)

Tangkap layar perkongsian perbualan memaparkan gambar dikongsikan mengenai keadaan Azlee ketika dirawat.

"Marilah sama-sama kita doakan semoga rakan artis Azlee Senario diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan," katanya.

Menerusi hantaran sama, Ropie turut berkongsi tangkap layar gambar Azlee yang dipercayai sedang menerima rawatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram