SIAR: Filem 'evergreen' papar asam garam poligami dalam naskhah komedi 


  • Hiburan
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Kisah kehidupan bermadu dalam filem digambarkan secara lucu.

KISAH mengenai kehidupan nyata antara elemen yang diangkat sebagai rencah dalam sesebuah karya.

Cara itu bukan sahaja membuatkan penonton berasa lebih dekat, malah membuka mata khalayak tentang mesej yang cuba disampaikan.

Tidak mengira sama ada genre seram, komedi, aksi atau drama, segelanya dapat diterjemahkan dengan plot penceritaan dan terjemahan karakter.

Begitu juga cerita mengenai alam perkahwinan poligami. Tidak dinafikan banyak karya cuba menyuntik elemen komedi dan menganggap kehidupan ‘tipu-menipu' isteri itu satu perkara lucu.

Walhal realitinya, kehidupan bermadu itu menampilkan refleksi berbeza berbanding jenaka yang dipamerkan.

Justeru berikut Majoriti senaraikan filem tempatan yang mengangkat penceritaan tentang kehidupan poligami.

Madu Tiga

MaduTiga

Peminat filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tentu sahaja mengenai naskhah ikonik, Madu 3 yang diterbitkan pada 1964.

Dilakonkan oleh P. Ramlee sendiri bersama Zaharah Agus, Jah Mahadi, Datuk Sarimah Ahmad, Ahmad Nisfu dan M. Rafiee.

Filem genre komedi ini mengisahkan Jamil yang merahsiakan perkahwinan dengan ketiga-tiga isteri iaitu Latifah, Hasnah dan Rohani.

Dia berusaha untuk berlaku adil terhadap kesemua isterinya dengan cara berbohong. Bagaimanapun ‘tembelangnya’ pecah apabila isteri pertama dan kedua mengetahui rahsia perkahwinannya dengan isteri ketiga.

Kahwin 5

2012 Kahwin 5 01 (1)

Masih dengan genre komedi, filem kahwin 5 mengisahkan seorang usahawan bernama Dr K yang memiliki empat orang isteri iaitu Saadia, Monalisa, Sahara dan Mimi.

Kehidupan Dr K mula berubah setelah dia mengenai wanita bernama Fara. Dr K dipaksa untuk menceraikan salah seorang isterinya kerana ingin berkahwin dengan Fara.

Filem ini diterbitkan pada 2012 dan dibintangi oleh Usop Wilcha, Dian P.Ramlee, Norish Karman, Adrea Abdullah, Marsha Milan Londoh, Datuk Fizz Fairuz, Anzalna Nasir dan Sofi Jikan.

4 Madu

4-madu-malaysian-movie-poster-md

Filem komedi 4 Madu lakonan Saiful Apek, Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Ayu Raudah, Marsha Milan, Datin Almy Nadia, Rosnah Mat Aris, Sazzy Falak, Bienda dan Datuk Rahim Razali.

Tetap juga menyelitkan elemen lucu, filem terbitan 2010 ini menceritakan tentang Azrul dan Azlan yang mewarisi harta pusaka peninggal bapa mereka.

Bagaimanapun, sekiranya mereka ingin mewarisi harta tersebut, kedua-dua mereka perlu berkahwin empat dan hidup berpoligami pada tempoh yang ditetapkan.

Otai

MV5BZjNkY2FmOWUtMzg0ZS00ZjI3LTkxZDEtN2MwNGY5YzQ0ZGRhXkEyXkFqcGdeQXVyMDM3MzU0Ng@@._V1_FMjpg_UX1000_

Filem Otai lakonan Saiful Apek, Nasha Aziz, Yassin Senario dan Faezah Elai, Izreen Azminda, Salleh Yaacob, Azean Irdawaty dan Datuk Aznil Nawawi diterbitkan pada 2007.

Filem ini mengisahkan perkahwinan Aiman dengan Azura yang masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun sudah tiga tahun berkahwin.

Namun atas desakan bapa Aiman yang menginginkan cucu, Aiman diberi masa mendapatkan anak tempoh 12 bulan.

Aiman kemudian membuat keputusan untuk berkahwin dua dengan alasan untuk mendapatkan zuriat.

Mami Jarum

MV5BNmUzOGQ1MTQtYjdmYS00OWMxLTgyYzUtMzM0Njk1ZDZlMGUyXkEyXkFqcGdeQXVyMDM3MzU0Ng@@._V1_FMjpg_UX1000_

Filem Mami Jarum diterbitkan pada 2002 dengan membariskan Kartina Aziz, Rita Rudaini, Kartina Aziz, Ezad Exists, Ismail Din, Norlia Ghani, Piee, Zahida Rafik, Sheila Mambo dan Rosnah Mat Aris.

Biarpun kisah poligami bukan topik utama filem ini, tetapi hal itu tetap diselitkan sebagai salah satu plot penceritaan. Mengisahkan Datuk Meera yang berkahwin dengan Shiqah meskipun sudah memiliki isteri, Datin Nora.

Perkahwinan keduanya itu dirahsiakan daripada isteri pertama dan berlakunya pergaduhan sehingga menyebabkan perbalahan.

Rumah Maduku Berhantu

MV5BNWNjMDlmMGUtZDFjOS00YjgzLWJlMmMtYjFhOGFjZmE1ZGMxXkEyXkFqcGdeQXVyMDU2NjAwNg@@._V1_FMjpg_UX1000_

Diterbitkan pada 2021, filem lakonan Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Azlee Jaafar, Saiful Apek dan Douglas Lim.

Selain komedi, filem ini turut diselitkan dengan elemen seram. Mengisahkan Saufi yang dipaksa untuk berkahwin dengan Alia. Alia merupakan bekas isteri Ali yang dicerai secara tidak sengaja.

Biarpun Saufi sudah berumah tangga, namun dia tetap memenuhi permintaan Ali untuk berkahwin dengan Alia dan menyembunyikan daripada pengetahuan isterinya, Sofea. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram