'Cakap tutup nak buat padang', ada penyokong 'cemburu' pasukan ragbi lanyak Stadium Darul Makmur


  • Podium
  • Khamis, 30 Mei 2024

Dikhabarkan proses penukaran rumput Stadium Darul Makmur akan berlaku pada Jun nanti.

SRI PAHANG FC musim ini telah menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang bagi memberikan laluan kepada pihak pengurusan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk menjayakan proses penukaran rumput jenis Bermuda.

Sebelum ini, Stadium Darul Makmur menggunakan rumput 'cow grass' yang dilihat tidak lagi relevan dalam sukan bola sepak kerana sukar menyerap air jikalau berlakunya hujan lebat sekali gus merencatkan corak permainan pasukan.

Namun sehingga kini, penukaran rumput di stadium berkenaan masih lagi tiada perkembangan lanjut apabila dikhabarkan proses tersebut akan berlaku pada Jun nanti.

BACA LAGI: Faisal Halim jalani pemulihan di lokasi rahsia atas faktor keselamatan

BACA LAGI: ‘True finisher’, Jordi Amat, Adam Nor Azlin tersenarai 4 bek kental cipta nama lebih awal di Liga Super 2024

442470483_26644582688474537_7951931254950994828_n

Pasukan ragbi Pahang menggunakan Stadium Darul Makmur untuk bermain ragbi.

Malah penyokong mula meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat Persatuan Ragbi Pahang menggunakan venue tersebut untuk bermain sukan lasak itu.

"Tiba-tiba dah lanyak sekali rumput tak jadi sebab tukar bajet tak dapat, 'cow grass' juga jadi idaman," jelas Sa'ari Zulkifli.

"Kroni-kroni sahaja boleh pakai stadium ini, padahal cakap ditutup sebab nak buat padang, 'hancing' semua," ujar Ariff Radzali.

"Ragbi pula?" soal Junaidy Samad.

"Dah tahu dana tak ada bagilah Sri Pahang main dekat Darul Makmur dulu," luah Joe John.

Namun lain pula pendapat seorang penyokong, Juraimi Desa yang beranggapan tiada kesalahan untuk Persatuan Ragbi Pahang menggunakan Stadium Darul Makmur sebagai venue ragbi memandangkan proses penukaran rumput berlaku pada Jun nanti.

"Tak perlu sewa 'bulldozer', kasi lanyak.

"Projek tukar rumput bermula bulan enam dan alang-alang sebelum tukar bagilah peluang lanyak.

"Yang lanyak pun Persatuan Ragbi Pahang dan pejabat mereka dekat dalam stadium jadi tak ada benda apa pun.

"Netizen (penyokong) sahaja kadang-kadang marah-marah lebih padahal dah tahu rumput nak tukar.

"Selagi tak lepas lembut dalam itu, kira okay dah," katanya dalam Facebook.

Stadium Sultan Mizan

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menggunakan rumput jenis Bermuda.

Sehingga kini masih tiada perkembangan lanjut mengenai proses penanaman rumput di Stadium Darul Makmur.

Jikalau proses penanaman rumput baharu itu berjaya hanya empat stadium tidak akan menggunakan rumput 'cow grass' di dalam negara antaranya Stadium Sultan Ibrahim, Johor, Stadium Nasional Bukit Jalil (Zeon Zoysia) dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Bermuda). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram